GeForce Special Event akan berlangsung malam ini, RTX 3090 sudah tertiris?
2020-09-01T09:23:24
By: Burhanudin Zamri

GeForce Special Event akan berlangsung malam ini, RTX 3090 sudah tertiris?

 

Hanya tinggal lebih kurang 7 jam sahaja sehingga permulaan acara GeForce Special Event yang akan disiarkan secara langsung di Facebook, YouTube, dan Twitch. Siaran ini akan bermula pada waktu 12AM pada 2 September ini.

Kebanyakan spekulasi mengenai GeForce Special Event adalah berkenaan siri kad grafik baharu syarikat Nvidia iaitu GeForce RTX 30XX. Walaubagaimanapun, ia masih belum disahkan bahawa itu adalah nama rasmi siri kad grafik tersebut.

Gambar ASUS GeForce RTX 3090 yang ditiriskan oleh VideoCardz.

Terdapat juga maklumat mengenai siri kad grafik baharu yang tertiris. Laman web VideoCardz melaporkan tentang kad grafik RTX 3070, RTX 3080, dan RTX 3090 daripada jenama-jenama seperti ASUS, Gainward, dan Inno3D.

Adakah maklumat dan gambar tertiris ini benar? Kita perlu tunggu dan lihat apa yang akan didedahkan oleh Nvidia pada malam ini.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

TAGS

BERITA BERKAITAN

1 day ago
Kejohanan Maggi Hot Cup kembali, boleh main Wild Rift dengan Fattahzie dan Biu Biu
2 days ago
Ratchet & Clank: Rift Apart boleh pra-tempah dengan harga bermula RM299
2 days ago
Epic belanja RM47.7 juta untuk permainan video percuma selama sembilan bulan?
2 days ago
‘Balik awal’ di MPL, Alter Ego kini cari penganalisis dan pembantu jurulatih
2 days ago
Kejohanan dunia League of Legends, Worlds 2021 akan diadakan di China
2 days ago
Mobile Legends kolaborasi dengan Star Wars?