Ghost Recon: Breakpoint Adalah Sekuel Baru Kepada Wildlands, Bakal Dilancarkan Pada Oktober 2019

Ubisoft telah umumkan game dalam siri Tom Clancy’s Ghost Recon baru bertajuk Ghost Recon: Breakpoint. Breakpoint adalah sekuel kepada Ghost Recon: Wildlands yang dilancarkan pada 2017.

Breakpoint akan menyambung jalan cerita Wildlands dan membawa pemain ke rantau fiksyen, Auroa Islands di Lautan Pasifik. Seperti biasa, Breakpoint membolehkan permainan 4 pemain secara serentak menjalankan misi aksi stealth dalam game open-world ini. 

Trailer sinematik di atas menunjukkan kepulangan karakter yang pemain kenali dalam Wildlands sebelum ini seperti Holt, Weaver, Midas dan ramai Ghosts lain dalam misi untuk menjatuhkan Skell Technology yang mencipta drone dan artificial intelligence tanpa dikesan.

Apa yang terbaru tentang Ghost Recon: Breakpoint ada sistem kelas baru dan boleh ditukar-tukar semasa bermain, pelbagai loot tersedia di dunia luas, sedikit elemen survival dan kemunculan Prone Camo iaitu membolehkan korang meliputi sendiri dengan lumpur bagi mengelakkan daripada ditangkap.

Saksikan sekilas pandang gameplay Breakpoint yang ditonjolkan oleh Ubisoft di bawah:

Kali ini, Nomad akan berhadapan dengan musuh baru iaitu seorang Ghost bertukar arah bernama Cole D. Walker yang dilakonkan oleh pelakon The Punisher & The Walking Dead, Jon Bernthal.

Tom Clancy’s Ghost Recon: Breakpoint bakal dilancarkan pada 4 Oktober 2019 di PC, PS4 dan Xbox One.

RELATED NEWS

+