Assassin’s Creed Odyssey secara percuma di PC, PlayStation (PS4), dan Xbox One. Untuk minggu ini, mereka menawarkan Ghost Recon Breakpoint pula!"> Assassin’s Creed Odyssey secara percuma di PC, PlayStation (PS4), dan Xbox One. Untuk minggu ini, mereka menawarkan Ghost Recon Breakpoint pula!" /> Assassin’s Creed Odyssey secara percuma di PC, PlayStation (PS4), dan Xbox One. Untuk minggu ini, mereka menawarkan Ghost Recon Breakpoint pula!" />

Ghost Recon Breakpoint Percuma Sehingga 30 Mac 2020

Baru-baru ini Ubisoft memberikan peluang kepada semua orang untuk mencuba Assassin’s Creed Odyssey secara percuma di PC, PlayStation (PS4), dan Xbox One. Untuk minggu ini, mereka menawarkan Ghost Recon Breakpoint pula!

Bermula hari ini, anda boleh muat turun Ghost Recon Breakpoint secara percuma dan main keseluruhan permainan video tersebut sehingga 30 Mac 2020. Tawaran ini boleh diakses melalui Epic Games Store dan Uplay untuk PC.

Pengguna PS4 boleh mendapatkannya melalui PlayStation Store (PS Store). Tidak sama seperti Assassin’s Creed Odyssey, anda tidak memerlukan langganan PlayStation Plus (PS+) untuk tawaran ini.

Ghost Recon Breakpoint merupakan sekuel kepada Ghost Recon Wildlands. Ia mempunyai cara permainan yang lebih kurang sama ditambah dengan beberapa perubahan dan penambahbaikkan.

Walaubagaimanapun, Breakpoint mendapat banyak ulasan negatif semasa ia dilancarkan kerana ramai pengkritik menyatakan ia penuh dengan masalah teknikal dan jalan ceritanya sangat lemah.

Penulis mencadangkan anda mencuba sendiri judul ini sebelum membuat penilaian berdasarkan kritikan daripada pihak lain. Kemungkinan percubaan percuma ini akan membenarkan anda untuk menemui sebuah permainan video baru yang anda suka.

Lagipun, Breakpoint dilancarkan pada October 2019. Penulis pasti pihak pembangun sudah mengeluarkan banyak patch yang memperbaiki kesilapan teknikal dalam permainan video ini.

Kemajuan dalam tawaran percubaan percuma ini akan dibawa masuk ke versi penuh Ghost Recon Breakpoint jika anda berputus untuk membeli permainan video tersebut setelah tamat tempoh percubaan.

Sumber: Ghost Recon Breakpoint

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+