Gucci masuk pasaran e-sukan, lancar jam tangan diinspirasikan dari Fnatic

Jenama fesyen terkemuka dari Itali, Gucci semalam secara rasmi menerjah industri e-sukan dengan kerjasama bersama organisasi e-sukan Fnatic.

Menerusi kerjasama itu, Gucci memperlihatkan jam tangan edisi terhad yang diinspirasikan dari pasukan League of Legends Fnatic.

Jam tangan mewah berharga sekitar RM6,110 (£1,150) itu sedia didapatkan di laman web Gucci dengan logo Fnatic pada dial di bahagian bawah (jam 6). Jam ini juga menggunakan dial hitam dan oren di sekitarnya.

Sebelum ini, Gucci dan Fnatic pernah menampilkan pasukan League of Legends di Pertunjukan Fesyen Milan yang mana ahlinya memakai busana Gucci.

Ini adalah satu kerjasama yang menarik untuk dilihat apabila jenama fesyen mula menaruh minat terhadap e-sukan.

Sumber: EsportsInsider

RELATED NEWS

+