Guilty Gear Baru Diumumkan – Saksikan Trailer Acah Didedahkan Di EVO 2019

Arc System Works iaitu pembangun di sebalik Guilty Gear mengumumkan game terbaru untuk siri game fighting ini. Saksikan trailer acah di bawah:

Trailer ini menampilkan dua karakter yang telah dikenali oleh peminat Guilty Gear, Sol Badguy dan Ky Kiske. Di akhir trailer pula, kelihatan satu karakter baru yang menghunus pedang dan memakai topeng ubahsuai automatik.

Game terakhir dikeluarkan adalah berjudul Guilty Gear Xrd -Revelator- pada 2016. Game Guilty Gear terbaru ini masih lagi tidak mempunyai nama rasmi dan dijangka akan dikeluarkan pada 2020.

Sumber: Aksiz

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+