H1Z1 Akan Hadir Ke PlayStation 4 Secara Percuma Pada Mei Ini

H1Z1 antara permainan video bergenre Battle Royale yang terawal dikeluarkan dan kemudian konsep ini menjadi popular lantas digunakan dalam game lain seperti PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG). 

Mungkin kerana nampak potensi pada H1Z1 yang boleh diportkan ke pelantar berbeza seperti PlayStation 4. Ya, H1Z1 akan hadir secara percuma ke PlayStation 4 pada 22 Mei ini! dan lebih menarik, ia boleh dimainkan dengan kadar 60 FPS di PlayStation 4 Pro.

Pastinya pengguna konsol akan mempunyai alternatif untuk mencuba Battle Royale di PlayStation 4 nanti selain menikmati God of War yang tengah hangat sekarang. Kalau korang tak sabar nak cuba, boleh daftar dulu untuk closed beta di SINI.

RELATED NEWS

+