Hari Belia Negeri Sarawak akan dimeriahkan dengan MYSS Youth Stay At Home Esports Xtive Challenge

Persatuan Sukan Elektronik Negeri Sarawak (SESA) dan Kementerian Belia & Sukan Negeri Sarawak (MYSS) akan bekerjasama untuk mengadakan MYSS Youth Stay At Home Xtive Challenge. Ini merupakan kejohanan PUBG Mobile yang terbuka kepada belia-belia di negeri Sarawak sahaja.

Kejohanan ini akan diadakan pada Hari Belia Negeri Sarawak yang terjatuh pada 5 Disember ini. Seperti kebanyakan kejohanan e-sukan yang sedang diadakan pada waktu ini, kejohanan ini akan diadakan sepenuhnya secara dalam talian.

Mod permainan ialah squad mode dan pihak penganjur menjangka penyertaan seramai 1,200 orang pemain atau 240 pasukan. Hadiah terkumpul kejohanan ini berjumlah RM3,600.

MYSS Youth Stay At Home Xtive Challenge dipecahkan kepada tiga circuit dan pasukan terbaik daripada setiap circuit akan mara ke peringkat Grand Final. Pemenang Grand Final akan mewakili Sarawak pada kejohanan e-sukan terpilih tahun depan.

Berikut adalah tarikh-tarikh perlawanan untuk setiap circuit dan juga pecahan hadiah terkumpul:

Onine Qualifier Circuit 1 – 4-6 Disember 2020

Online Qualifier Circuit 2 – 11-13 Disember 2020

Online Qualifier Circuit 3 – 18-20 Disember 2020

Grand Final – 25-27 Disember 2020

Hadiah terkumpul:

Johan – RM1,000
Naib Johan – RM800
Tempat Ketiga – RM600
Tempat Ke-4 – RM500
Tempat Ke-5 – RM200
Tempat Ke-6 hingga Ke-10 -RM100

Borang penyertaan akan dikongsikan di laman Facebook ramsi SESA pada 2 Disember ini. Jika anda ingin bertanya apa-apa soalan atau menghubungi pihak penganjur, anda boleh menghubungi Encik Adi (019-4514529) atau melalui Discord Kaunter Pertanyaan SESA.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+