Hideo Kojima sedang mengusahakan projek baharu

Nampaknya proses pembangunan untuk permainan video kedua daripada Hideo Kojima dan studio beliau Kojima Productions telah bermula. Studio tersebut baru-baru ini mengeluarkan iklan pekerjaan di Twitter untuk sebuah projek baharu.

Antara jawatan-jawatan yang perlu diisi untuk projek ini adalah pereka permainan, penulis, penerbit, dan pengaturcara. Pada waktu ini, butiran-butiran mengenai jenis permainan yang sedang dibangunkan masih belum didedahkan.

Ada kemungkinan studio tersebut sedang membangunkan sekuel kepada permainan pertama mereka Death Stranding. Penulis sendiri berharap Kojima akan mengeluarkan sebuah permainan seram seperti projek beliau bersama Konami yang telah dibatalkan iaitu P.T.

Untuk maklumat lanjut mengenai iklan pekerjaan yang dikeluarkan oleh Kojima Productions, anda boleh melayari laman web rasmi Kojima Productions (Bahasa Jepun).

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+