PlayStation 5 Showcase, Warner Bros. Games mempertunjukkan trailer pertama permainan Hogwarts Legacy. Ia merupakan sebuah permainan role-playing game (RPG) dunia terbuka yang memberikan pemain peluang untuk menjadi seorang pelajar di sekolah sihir Hogwarts dalam dunia Harry Potter."> PlayStation 5 Showcase, Warner Bros. Games mempertunjukkan trailer pertama permainan Hogwarts Legacy. Ia merupakan sebuah permainan role-playing game (RPG) dunia terbuka yang memberikan pemain peluang untuk menjadi seorang pelajar di sekolah sihir Hogwarts dalam dunia Harry Potter." /> PlayStation 5 Showcase, Warner Bros. Games mempertunjukkan trailer pertama permainan Hogwarts Legacy. Ia merupakan sebuah permainan role-playing game (RPG) dunia terbuka yang memberikan pemain peluang untuk menjadi seorang pelajar di sekolah sihir Hogwarts dalam dunia Harry Potter." />

Hogwarts Legacy ialah permainan idaman peminat Harry Potter, reka watak sendiri dan jadi pelajar Hogwarts!

Di pembentangan PlayStation 5 Showcase, Warner Bros. Games mempertunjukkan trailer pertama permainan Hogwarts Legacy. Ia merupakan sebuah permainan role-playing game (RPG) dunia terbuka yang memberikan pemain peluang untuk menjadi seorang pelajar di sekolah sihir Hogwarts dalam dunia Harry Potter.

Peminat-peminat Harry Potter di seluruh dunia semestinya sangat teruja dengan pengumuman ini. Sebelum ini, tidak pernah ada studio yang membangunkan permainan yang memberikan pemain kebebasan untuk mencipta watak sendiri dalam dunia Harry Potter.

Menurut sinopsis permainan ini, watak utama yang dicipta dan dikawal oleh pemain ialah seorang pelajar Hogwarts yang mempunyai kebolehan luar biasa. Watak tersebut boleh menggunakan Ancient Magic dan pemain perlu membuat pilihan sama ada untuk menggunakan kuasa ini demi kebaikan atau kejahatan.

Hogwarts Legacy akan dilancarkan pada tahun depan untuk PC, PlayStation 5 (PS5), PlayStation 4 (PS4), Xbox Series X, dan Xbox One. Untuk maklumat lanjut mengenai permainan ini, anda boleh melayari laman web rasminya di sini.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+