Hyrule Warriors: Age of Calamity cecah jualan 3.5 juta unit

Koei Tecmo melaporkan bahawa permainan terbitan mereka Hyrule Warriors: Age of Calamity terjual sebanyak 3.5 juta unit. Ini merupakan jumlah jualan tertinggi antara semua judul siri Warriors.

Hyrule Warriors: Age of Calamity dilancarkan pada November tahun lepas secara eksklusif untuk Nintendo Switch. Menurut Metacritic, permainan ini disukai oleh pengulas media dan juga para pemain.

Selain itu, syarikat tersebut juga melaporkan tentang jualan permainan-permainan lain. Atelier Ryza 2: Lost Legends & the Secret Fairy terjual 220,000 unit di PlayStation 5 (PS5), PlayStation 4 (PS4), dan Nintendo Switch di pasaran Asia dan Jepun.

Romance of the Three Kingdoms XIV: Diplomacy and Strategy Expansion Pack Bundle pula terjual sebanyak 100,000 unit untuk PC, PS4, dan Nintendo Switch di pasaran yang sama. 

Koei Tecmo juga melaporkan bahawa Nioh 2 terjual sebanyak 1.4 juta unit untuk PS4 sejak ia dilancarkan pada Mac tahun lepas. Versi yang lengkap dengan semua kandungan tambahan (DLC) akan dilancarkan untuk PS4, PS5, dan PC pada 5 Februari ini.

Sumber: Gematsu

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+