Ini Dia 5 Dari 6 Game Dipertandingkan Sebagai Acara Berpingat Di Sukan SEA 2019

[KEMASKINI] NBA 2K19 tidak akan disertakan dalam Sukan SEA 2019

Di Sukan Asia 2018, esports hanyalah acara demonstrasi untuk menggilap bakat setiap negara ASEAN yang bertanding. Kali ini, esports dipertandingkan pula sebagai acara berpingat di Sukan SEA 2019 di Filipina bersama bolasepak dan sukan lain.

Sebelum ini kita tahu Mobile Legends adalah salah satu game yang didedahkan. Di pengakhiran tahun ini, empat lagi diumumkan menjadikan keseluruhan 5 dari 6 game dipertandingkan.

Sumber gambar: E-Sukan

Dota 2, Starcraft 2, Tekken 7, Mobile Legends: Bang Bang dan Arena of Valor sah dipertandingkan sebagai acara berpingat nanti sementara permainan video keenam masih lagi belum diputuskan. Penulis rasa ia mungkin adalah FPS tapi Counter Strike mungkin dah pun tak dikira kerana unsur keganasan dan terrorisme.

Sukan SEA 2019 akan berlangsung di beberapa bandar Filipina seperti Manila, Clark dan banyak lagi bermula 20 November hingga 11 Disember 2019. Hmm tak sabar nak tunggu permainan video keenam tu.

Sumber: Gamehubs

RELATED NEWS

+