Ini Dia 6 Gaming Phone Terbaik Tahun 2019 Di Bawah Harga RM1,500!

Menjelang tahun baru, mesti anda terfikir untuk menaik taraf phone sedia ada. Peranti pintar baru dikeluarkan di pasaran biasanya mahal dan anda perlu naik taraf dengan segera. Jadi apa anda perlu buat?

Janganlah risau sebab kami dah pilih enam peranti pintar dari 2019 di bawah harga RM1,500 dan masih mantap untuk mobile gaming!

 

HONOR 20

HONOR kebiasaannya menjadi jenama yang menawarkan peranti pintar menarik pada harga mampu milik. HONOR 20 tak kurang hebatnya untuk bermain game. Kami mencuba peranti ini dengan permainan popular seperti PUBG Mobile, Mobile Legends dan ia kekal pada 30 FPS pada sepanjang perlawanan di tetapan grafik paling tinggi.

Asphalt 9 adalah game yang menggunakan grafik cukup tinggi dan ia dimainkan dengan lancar pada kadar 30 FPS. Peranti ini juga hadir dengan sistem penyejukan juga! Ia selesa dipegang dan antaramuka (UI) juga kelihatan menarik di mata.

HONOR 20 menampilkan spesifikasi teknikal seperti cip pemprosesan Kirin 980, kapasiti bateri 3,750mAh berserta 6GB RAM dan 128GB storan dalaman. Peranti mampu milik ini dijual pada harga RM1,399. Jom baca ulasan penuh di SINI.

 

Xiaomi Mi 9T

Xiamo Mi 9T adalah antara pilihan terbaik untuk gaming bagi kategori peranti mid-range. MIUI untuk peranti ini sangat selesa digunakan bersama fungsi gestures tanpa ada masalah. Ia juga hadir dengan paparan 6.39 inci tanpa bezel yang menyokong FHD+.

Ia dapat dilaksanakan dengan mengalihkan kamera swafoto menjadi swafoto pop-up di bahagian atas peranti jadi anda boleh bermain game dengan lebih keluasan pada skrin.

Mi 9T menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 730, 6GB RAM dan pilihan antara storan dalaman sebesar 64GB dan 128GB. Peranti ini juga boleh tahan lama dengan kapasiti bateri 4,000mAh berserta pengecasan pantas 18W. Gaming di peranti ini pun boleh tahan; sejam bermain game menggunakan hanya 12 peratus bateri.

Permainan seperti PUBG Mobile dan MLBB lancar pada 30 FPS dan Asphalt 9 boleh dimainkan pada kadar 28 dan 30 FPS untuk tetapan medium. Selain itu, peranti ini tidak mengalirkan haba. 

Xiaomi Mi 9T dijual pada harga pasaran RM1,199. Jom baca ulasan penuh di SINI.

 

Samsung Galaxy A50s

Baru-baru ini, Samsung menaik taraf peranti pintar bajet dan mid-range dengan jayanya. Samsung Galaxy A50s dijual pada harga RM1,299 dan menyertakan paparan Infinity-U berukuran 6.4 inci yang sangat besar. Bagi yang tak tahu, paparan Infinity-U merujuk kepada notch berbentuk U di bahagian atas skrin. 

Paparan bagi peranti Samsung sememangnya tidak mengecewakan dengan teknologi Super AMOLED yang terang dan skrin yang selesa pada pandangan mata. Walaupun ia bersaiz besar, ironinya ia ringan. Bermain game di peranti ini sama pengalamannya seperti di Nintendo Switch.

Kebanyakan game mencapai 30 FPS (termasuk Asphalt 9 di tetapan tertinggi) dan tidak mengalirkan haba langsung. Satu jam gaming hanya menolak sebanyak 10 peratus bateri.

Samsung Galaxy A50s hadir dengan spesifikasi teknikal seperti cip pemprosesan Exynos 9611, 6GB RAM dan storan dalaman 128GB.

 

Realme 5 Pro

Realme 5 Pro mempunyai senarai spesifikasi yang boleh tahan hebatnya. Ia menggunakan chipset Snapdragon 712 dan 8GB RAM + storan dalaman sebesar 128GB. Paparannya bersaiz 6.3 inci dan menggunakan skrin IPS LCD.

Permainan seperti PUBG Mobile dan MLBB boleh dimain dengan lancar pada kadar 30 FPS. Kalau untuk permainan yang memerlukan kuasa pemprosen dan grafik yang lebih tinggi seperti Asphalt 9 (di tetapan grafik tertinggi), anda tak akan dapat pengalaman yang memuaskan.

Kapasiti bateri 4035mAh yang terdapat dalam fon ini tidak akan mengecewakan anda. Kegunaan selama sejam hanya menggunakan 14 peratus bateri.

Kalau anda seorang pemain kompetitif dalam permainan MLBB dan PUBG Mobile, peranti ini sangat berbaloi kerana ia hanya berharga RM1,099. Anda boleh baca ulasan penuh Realme 5 Pro di sini.

 

Realme XT

Kalau anda sukan main game dan suka #aestetik, ini fon yang sesuai untuk anda. Realme XT mempunya spesifikasi yang lebih kurang sama dengan Realme 5 Pro tetapi ia besar sedikit dari segi saiz dan mempunyai penampilan yang lebih menawan.

Terdapat chipset Snapdragon 712, 8GB RAM dan storan dalaman 128GB. Ia mempunyai kapasiti bateri sebanyak 4,000mAh dan paparan bersaiz 6.4 inci, besar sedikit berbanding Realme 5 Pro. Kamera hadapan terletak pada waterdrop notch jadi ia tidak menggangu anda waktu bermain game.

Pengalaman bermain game di Realme XT tidak jauh beza berbanding dengan Realme 5 Pro. Cuma skrinnya yang lebih besar mewujudkan perspektif yang lebih luas. Ia juga lebih selesa untuk dipegang.

Kebanyakan permainan mudah alih boleh dimain dengan lancar pada kadar 30 FPS kecuali permainan yang memerlukan kuasa tinggi seperti Asphalt 9 (di tetapan grafik tertinggi). Fon ini juga tidak mengalami masalah suhu tinggi. Ia dijual pada harga RM1,399.

 

Vivo S1 Pro

Vivo S1 Pro juga merupakan salah satu fon yang mempunyai nilai #aestetik yang tinggi. Ia juga datang dengan spesifikasi yang cukup kuat untuk main beberapa permainan pada tetapan grafik rendah.

“Cukup kuat” di sini maksudnya fon ini mempunya chipset Snapdragon 665, 8GB RAM, dan storan dalaman 128GB. Mustahil untuk anda main Asphalt 9 dengan spesifikasi begini tetapi permainan seperti MLBB dan PUBG Mobile boleh dimain dengan lancar pada tetapan grafik rendah atau pertengahan. Anda boleh bermain permainan tersebut pada kadar 28 FPS.

Suhu fon ini meningkat sedikit bila bermain permainan tetapi baterinya boleh tahan bagus. Ia hanya menggunakan 13 peratus bateri dalam masa sejam.

Dengan harga RM1,199, Vivo S1 Pro merupakan pilihan yang memuaskan untuk permainan pada tahap asas.

Dengan itu, berakhirlah senarai enam peranti pintar terbaik bawah harga RM1,500. Kita masih berada pada fasa awal tahun 2020 jadi ambil peluang ini untuk naik taraf kebolehan mobile gaming anda!

Semua ujian dilakukan melalui 3DMark dan GameBench.

Untuk membaca artikel ini dalam versi Bahasa Inggeris, klik sini.

RELATED NEWS

+