Inilah Juara-Juara Mobile Legends, Dota 2 Dan PES 2019 Di #XPAXKEK Zon Selatan

Kejohanan E-Sukan Kampus #XPAXKEK Zon Selatan berlangsung dengan meriah sekali dari 15 hingga 17 Mac 2019 bertempat di UiTM Lendu, Melaka. 

Sepanjang 3 hari ini, pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk pengunjung #XPAXKEK antaranya wacana pendidikan bersama personaliti terkenal dalam industri e-sukan dan game, persembahan artis tanahair terkenal, mencuba banyak permainan secara percuma dan yang ditunggu-tunggu, pertandingan e-sukan antara universiti.

Terdapat 3 game yang dipertandingkan pada hujung minggu ini adalah Mobile Legends: Bang Bang, Dota 2 dan PES 2019. Berikut adalah pemenang bagi setiap kategori permainan:

Dota 2

Juara: Geng Bus Sekolah (MMU Melaka)

Naib juara: Cheeseburger (UTeM)

Tempat ketiga: UTeM X (UTeM)

PES 2019

Juara: UTeM Knights (Universiti Teknikal Malaysia UTEM)

Naib juara: FYP Fighters (UNIKL Mitec Pasir Gudang)

Tempat ketiga: KJMA. ESC ( UiTM Kampus Jasin)

 

Mobile Legends: Bang Bang

Juara: UTeM Knights (UTEM Melaka)

The Forces (UTHM)

Tempat ketiga: Cerberus (Universiti Tun Hussein Onn Malaysia)

Juara-juara ini bakal berentap di Grand Final dan bakal membolot hadiah terkumpul wang berjumlah RM180,000! Tahniah kami ucapkan.

Terima kasih kepada XPAX, Kitamen, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Predator, Sades, Moonton E-Project, Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Esports Malaysia (ESM), Cadbury, Todak, Boost, Mountain Dew dan juga pihak UiTM Lendu, Melaka di atas kerjasama ini!

RELATED NEWS

+