Inilah juara-juara #YoodoKEK Semester 3 kategori Mobile Legends dan COD Mobile!

Akhirnya, Yoodo Kejohanan E-Sukan Kampus (#YoodoKEK) Semester 3 telah menemui penamatnya semalam apabila UiTM Vendetta dari UiTM Shah Alam muncul juara bagi kategori Mobile Legends: Bang Bang! 

Mereka berjaya menewaskan skuad SZA Panthera dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dengan skor akhir 2-0. Dengan kemenangan itu, mereka berjaya bawa pulang RM20,000.

Ini adalah senarai pemenang bagi kategori MLBB:

UiTM Vendetta bawa pulang RM20,000!

SZA Panthera pulang dengan RM10,000

Incognito pulang dengan RM7,500

Bagi tempat keempat hingga kelapan, dimenangi oleh: 

Tempat keempat – UeS HavoX (UNIMAS) – RM5,000.

Tempat kelima – kelapan (RM1,875):

  • Livin’ And Gaming (UiTM Kampus Puncak Alam)
  • Skadoosh (Politeknik Port Dickson)
  • UiTM Terbang (UiTM Sungai Petani)
  • PTSB E-Sport (Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah).

Ini pula senarai pemenang COD Mobile:

Smoking Monkeys bawa pulang RM20,000!

Fame pulang dengan RM10,000

Utem TeamRevenge bawa pulang RM7,500

Bagi tempat keempat hingga kelapan, dimenangi oleh: 

Tempat keempat – UPSI Rising (Universiti Pendidikan Sultan Idris) – RM5,000.

Tempat kelima – kelapan (RM1,875):

  • RB Esport (UiTM Raub)
  • Unimas Esport (UNIMAS)
  • iOs (Universiti Malaysia Perlis)
  • DMG (UiTM Cawangan Sabah)

Bagi biasiswa bernilai RM50,000, akan dihadiahkan kepada Monash University atas kemenangan dalam CODM dan UiTM Shah Alam atas kemenangan dalam MLBB. Biasiswa ini akan dibahagikan kepada dua, RM25,000 bagi setiap universiti.

 

Sementara itu, wakil MLBB iaitu UiTM Vendetta akan berentap di PVP Campus Championship pada September nanti bersama pasukan universiti dari negara Asia Tenggara lain.

#YoodoKEK Semester 3 dicetuskan oleh Yoodo yang dikuasakan oleh Celcom. #YoodoKEK Semester 3 turut diaktifkan Garena dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).  #YoodoKEK Semester 3 juga disokong oleh Kitamen, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS), Esports Malaysia (ESM), Mobile Legends E-Project dan PVP Esports.

RELATED NEWS

+