Inilah Juara Mobile Legends, PUBG Mobile, CS:GO Open Dan Johan Keseluruhan Celcom #XPAXKEK Semester 2!
2019-11-26T07:29:43
By: Hazril Md Nor

Inilah Juara Mobile Legends, PUBG Mobile, CS:GO Open Dan Johan Keseluruhan Celcom #XPAXKEK Semester 2!

 

Kembara mencari pasukan kampus terbaik dalam arena kompetitif e-sukan sudah pun menemui penamatnya apabila 16 pasukan Mobile Legends dan 16 pasukan PlayerUnknown’s Battlegrounds mudah alih (PUBG Mobile) berentap di The Curve, Damansara minggu lalu bagi merebut hadiah terkumpul RM180,000 selain mencuba sehabis baik mengharumkan nama kampus masing-masing.

Inilah juara-juara tersebut:

 

Mobile Legends: Bang Bang

  

Juara: Ultra Instinct (Universiti Kebangsaan Malaysia) – RM13,600 termasuk RM6,000 Fitlion in-store credits.

Naib Juara: Team Parahmen (Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah) – RM6,800 termasuk RM3,000 Fitlion in-store credits.

Tempat ketiga: Team Blank (Universiti Tun Hussein Onn Malaysia) – RM5,100 termasuk RM1,800 Fitlion in-store credits.

 

PUBG Mobile

Juara: UNIMAP Elementus (Universiti Malaysia Perlis) – RM10,880 termasuk RM5,000 Fitlion in-store credits.

Naib Juara: IIUM Mustangs (IIUM Gombak) – RM5,440 termasuk RM2,500 Fitlion in-store credits.

Tempat ketiga: Raizen Squad (UiTM Kampus Sungai Petani) – RM4,080 termasuk RM1,500 Fitlion in-store credits.

 

Kategori Terbuka CS:GO

 

Juara: Muhammad Alif Bin Mohamad Azli (qyoftw)

Naib Juara: Ding Joon Wei (formless)

 

Juara Keseluruhan – RM50,000 Biasiswa tajaan Celcom Xpax

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan 340 mata bagi kategori PUBG Mobile dan Mobile Legends: Bang Bang

—-

Edisi kedua Celcom XPAXKEK membawakan 2 kategori pertandingan iaitu Mobile Legends: Bang Bang dan PUBG Mobile dengan jumlah hadiah wang terkumpul sebanyak RM180,000.

Mengikut format semester lepas, pelajar-pelajar bertanding dalam lima zon iaitu:

  • Borneo (Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah & Sarawak) – Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Kuching pada 21 & 22 September 2019 
  • Selatan (Negeri Sembilan, Melaka & Johor) – Paradigm Mall, Johor Bahru pada 27 & 28 September 2019
  • Tengah (Kuala Lumpur, Selangor & Putrajaya) – Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam pada 5 & 6 Oktober 2019
  • Utara (Perak, Penang, Perlis & Kedah) – Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Induk Pulau Pinang pada 12 & 13 Oktober 2019
  • Pantai Timur (Kelantan, Terengganu & Pahang) – Kuantan City Mall, Kuantan, Pahang pada 26 & 27 Oktober 2019
  • Grand Finale – The Curve, Damansara pada 22, 23 & 24 November 2019

Pasukan-pasukan berdaftar bertanding bagi merebut kedudukan 16 terbaik dalam peringkat online. 16 pasukan yang layak untuk kedua-dua game mara ke setiap zon bermula dari UNIMAS, Sarawak.

Pemenang pasukan dari setiap zon ini merebut gelaran juara keseluruhan dan hadiah wang terkumpul RM180,000 di The Curve, Damansara minggu lalu.

Pada semester lepas, juara keseluruhan disandang oleh Universiti Malaysia Sabah (UMS), tempat kedua dimenangi oleh Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan tempat ketiga diperoleh oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

XPAXKEK Semester 2 dicetuskan secara eksklusif oleh Celcom XPAX, diaktifkan oleh Legion by Lenovo, Realme Malaysia, Malindo Airways, Honda Malaysia, Rohto Mentholatum, Lazada, Fitlion, Royale Chulan Hotel & OYO Hotels dan disokong oleh MDEC, Mobile Legends E-Project, KBS & ESM.

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 days ago
Ini Dia 12 Pasukan Malaysia Layak Ke Liga Profesional PUBG Mobile MY/SG 2020!
4 days ago
Aylrhmn – Streamer Yang Menanggung Kos Perubatan Isteri RM9,000 Sebulan
4 days ago
Black Desert Akan Menyatukan Pemain PS4 & Xbox One
4 days ago
Permainan Video Seram Ini Diinspirasikan Dari Karya Junji Ito
5 days ago
Mak Cun’s Adventure Catat Lebih 1 Juta Muat Turun
5 days ago
Bosskurr Cup: “Todak Tarik Diri Untuk Fokus Pada MPL Musim Kelima,” – Ashi