IOI Esports FIFA21 Challenge – prizepool RM10,000 dan peluang berentap bersama Luqman “Fenrir” Haziq
2020-10-16T03:30:02
By: Hazril Md Nor

IOI Esports FIFA21 Challenge – prizepool RM10,000 dan peluang berentap bersama Luqman “Fenrir” Haziq

 

IOI Properties Group dan pemain kompetitif FIFA, Luqman “Fenrir” Haziq akan bekerjasama untuk pertandingan IOI Esports FIFA 21 Challenge.

Kejohanan ini bertujuan untuk menggalakkan pemain amatur, semi pro dan pemain profesional merasakan suasana kompetitif dalam arena FIFA tempatan.

Sebanyak RM10,000 berserta pelbagai cabutan bertuah boleh dimenangi oleh peserta. Acara ini diadakan dari 18 hingga 25 Oktober

Ia terbahagi kepada tiga segmen:

  • Segmen pertama – 1vs1 dalam tournament mode. Pusingan kelayakan pertama pada 18 Oktober dan pusingan kedua pada 23 dan 24 Oktober. Pemenang kelayakan akan bermain dalam Semi Finals dan mara ke Grand Finals pada 25 Oktober. 
  • Segmen kedua – sesi perkongsian “Hello Luqman” bersama Luqman diadakan pada 19 Oktober. Pemain boleh berinteraksi bersama pemain kompetitif ini untuk mengikuti perkongsian Luqman dalam perjalanannya menjadi seorang pemain profesional dalam e-sukan FIFA. Luqman akan berkongsi teknik permainan, tips dan cabaran. Ia akan diadakan secara dalam talian (livestream).
  • Segmen ketiga – “Challenge the Champ x Luqman”. Ini adalah peluang untuk pemain pro dan semi untuk main perlawanan persahabatan bersama Luqman di mana mereka boleh tonjolkan bakat mereka. Ia akan diadakan pada 21 dan 22 Oktober. Anda boleh minta untuk turut serta sebagai lawan Luqman ketika sesi livestreaming yang berlangsung kelak.

Untuk maklumat lanjut bagi menyertai kejohanan ini, anda boleh layari laman sesawang IOI Properties dan sertai secara percuma. Finals akan ditayangkan di Facebook page IOI Properties.

IOI Esports FIFA21 Challenge adalah satu acara dalam talian diadakan sempena kempen LIVE.LIFE! untuk mengumpulkan komuniti anak muda berkongsi idea dan buah fikiran.

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 days ago
Yoodo pertimbangkan add-on data League of Legends: Wild Rift jika ada permintaan
2 days ago
Komputer riba Razer Blade 15 dan Razer Blade Pro 17 diumumkan untuk pasaran Malaysia
2 days ago
[Review] Hades – sekali main, takkan berhenti!
3 days ago
PlayStation melantik Travis Scott sebagai Rakan Kreatif Strategik
3 days ago
Sekiro: Shadows Die Twice | Game of the Year Edition diumumkan
3 days ago
Apex Legends akan tiba di Steam pada 5 November