Jalur 14: Dokumentari mengenai Soloz, Fredo, Master Ramen dan ramai lagi ikon e-sukan dan gaming
2020-11-16T10:05:36
By: Hazril Md Nor

Jalur 14: Dokumentari mengenai Soloz, Fredo, Master Ramen dan ramai lagi ikon e-sukan dan gaming

 

eGG Network dengan kerjasama Esports Integrated (ESI) di bawah seliaan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan melancarkan siri dokumentari e-sukan dan gaming pertama di Malaysia iaitu Jalur 14.

Siri dokumentari lima bahagian itu akan mengisahkan kebangkitan industri e-sukan dan gaming di Malaysia sepanjang 14 tahun lalu.

Ia menampilkan ikon e-sukan terkenal seperti Chai ‘Mushi” Yee Fung, Ng ‘YamateH’ Wei Poong, Dr. Yew Weng Kean dan ramai lagi anak muda seperti Mohd Faris ‘Soloz’ Zakarian, Ahmad Fuad ‘Fredo’ Razali, malah wanita berbakat, Andriyana ‘Chuchu Gaming’ Mohamed Ghazali yang juga pengulas dan penganalisa.

Mereka akan berkongsi pengalaman mengibarkan Jalur Gemilang di peringkat dunia. Selain itu, Wan Hazmer yang bertanggungjawab di sebalik pembangunan permainan video No Straight Roads juga ditampilkan. 

Senarai penuh ikon:

  • Mushi
  • YamateH
  • Ohaiyo
  • WinteR
  • Soloz
  • Fredo
  • ChuChuGaming
  • J Hunter
  • Wan Hazmer
  • Hasnul Hadi Samsudin
  • Ng Aik Sern
  • MasterRamen
  • wkyew90
  • Lee Choong Khay

Ia akan ditayangkan bermula 26 November ini, jam 9 malam di eGG Network, saluran 800.

Acara pelancaran Jalur 14 dihadiri oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican (tengah), Ketua Pegawai Eksekutif Impact Integrated, Ahmed Faris Amir (kanan) dan Ketua Sukan, eGG Network, Astro, Lee Choong Khay.

TAGS

BERITA BERKAITAN

3 days ago
DOTA2: 23savage cecah 12,000 MMR, kini bersama T1
3 days ago
Minat gaming dan e-sukan? Jom sertai jadi penulis kami!
3 days ago
Guilty Gear: Strive ditangguh ke 11 Jun 2021
5 days ago
Trailer rasmi siri anime Dota: Dragon’s Blood dilancarkan
5 days ago
Daus Jamil (Rynn) kini pemain ketujuh Al Ikhlas Bosskurr
5 days ago
Kejohanan Riot Games, VALORANT VCT dan League of Legends (MSI) akan diadakan di Iceland, Mei ini