Epic Games Store dengan memberi keuntungan lebih lumayan kepada pembangun game tanpa perlu fikir tentang pengurusan hak digital (DRM) yang bakal menjadi saingan utama Steam."> Epic Games Store dengan memberi keuntungan lebih lumayan kepada pembangun game tanpa perlu fikir tentang pengurusan hak digital (DRM) yang bakal menjadi saingan utama Steam." /> Epic Games Store dengan memberi keuntungan lebih lumayan kepada pembangun game tanpa perlu fikir tentang pengurusan hak digital (DRM) yang bakal menjadi saingan utama Steam." />

Journey Bakal Tiba Di PC Melalui Epic Games Store Bersama 15 Game Lain

Pada minggu ini, Epic melancarkan Epic Games Store dengan memberi keuntungan lebih lumayan kepada pembangun game tanpa perlu fikir tentang pengurusan hak digital (DRM) yang bakal menjadi saingan utama Steam.

Epic mengumumkan 15 game yang bakal ditawarkan di PC & Mac tetapi bukan semua game boleh dimainkan sekarang. Antara game dalam senarai itu yang paling mengejutkan kami adalah Journey yang mana sebelum ini hanya boleh dimainkan melalui PS3 & PS4 sahaja. 

Berikut adalah tiga game baru yang baru sahaja diumumkan di The Game Awards kini boleh didapati di Epic Games Store:

  • Ashen 
  • Hades 
  • Hello Neighbor: Hide and Seek 

Semasa di The Game Awards, Epic mendedahkan lagi tiga game yang akan muncul pada akhir bulan ini. Lebih-lebih lagi, Epic akan menawarkan sebuah game percuma pada setiap 2 minggu di stor mereka. 2 daripada 3 game dalam senarai ini adalah percuma untuk dimainkan:

  • Darksiders III – bakal tiba pada 14 Disember 
  • Subnautica – bakal tiba pada 14 Disember dan percuma untuk download sehingga 27 Disember
  • Super Meat Boybakal tiba pada 28 Disember dan percuma untuk download sehingga 10 Januari

Bukan itu sahaja, banyak lagi game PC (dan bukan PC juga) bakal disertakan sekali di Epic Games Store. Namun, tarikh untuk kesemua game ini masih belum diumumkan lagi:

  • Genesis Alpha One 
  • Journey 
  • Maneater 
  • Outer Wilds 
  • Pathless 
  • Rebel Galaxy Outlaw 
  • Satisfactory 
  • Super Meat Boy Forever 
  • World War Z 

Epic Games Store juga sudah rasmi dilancarkan dan boleh dilayari di sini

Baca lanjut: God Of War Merangkul Anugerah Game Terbaik Di The Game Awards 2018

Sumber: Polygon

RELATED NEWS

+