Jualan NieR: Automata cecah 5.5 juta unit

Square Enix telah mengumumkan bahawa permainan terbitan mereka NieR: Automata kini telah terjual 5.5 juta unit secara global sejak ia dilancarkan pada tahun 2017. Maklumat ini dikongsikan pada ulang tahun ke-4 permainan tersebut pada 23 Februari baru-baru ini.

Pada waktu ini, Square Enix masih belum mengumumkan apa-apa sekuel sedang dibangunkan. Permainan NieR seterusnya yang akan dilancarkan pada 24 April tahun ini ialah NieR: Replicant ver.1.22474487139… yang merupakan remake permainan NieR pertama.

Jika anda masih belum mencuba NieR: Automata, penulis mengesyorkan anda untuk mencubanya agar dapat menikmati sistem pertarungan yang hebat dan jalan cerita yang menarik. NieR: Automata boleh dimain di PC, PlayStation 4 (PS4), dan Xbox One.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+