Jurulatih baru EVOS VIP – Azali “Rascal” Ismail pernah menjadi seorang pendidik
2020-07-17T05:26:31
By: Hazril Md Nor

Jurulatih baru EVOS VIP – Azali “Rascal” Ismail pernah menjadi seorang pendidik

 

Bekas pemain kompetitif PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG), Azali Ismail atau lebih dikenali Rascal kini sah dilantik sebagai jurulatih EVOS VIP Squad, semalam.

Dalam satu posting di Facebook page berkenaan, mereka mengalu-alukan kehadiran bekas pemain kompetitif The Face Gaming tersebut ke dalam pasukan itu.

Pengurus Besar EVOS MY SG, Andrew Chen berkata, pemilihan ini dibuat berdasarkan analisis mendalam mengenai peranan tersebut.

“Pada mulanya saya bertanyakan kepada ramai orang dan pemain PUBG PC sendiri dan ramai antara mereka sudah mempunyai jurulatih.

“Selepas beberapa lama, tinggal tiga orang dalam senarai dan mereka menjalani try-out. Saya dapati Ali adalah profesional, tahu apa yang dia lakukan dan seorang yang analitikal. 

“Kemudian saya minta dia coach di PMPL LAN. Hari demi hari dia berikan cadangan kepada pasukan dan dia ada banyak idea,” katanya.

Andrew berkata, bukan semua orang ada kebolehan untuk mengajar. Namun, Ali adalah graduan Bacelor Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua).

“Ali pernah menjadi seorang guru jadi saya percaya dengan kebolehannya untuk mendidik ahli pasukan ini menjadi pemain-pemain yang lebih baik,” katanya.

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan InstagramSaksikan kami di YouTube.

TAGS

BERITA BERKAITAN

3 days ago
PMPL: iNaoki akan bermain sebagai pemain ganti untuk Yoodo Gank
3 days ago
DualShock 4 boleh digunakan di PS5 tetapi hanya untuk permainan video PS4
3 days ago
Liga OMEGA Dota 2 dilancarkan – hadiah terkumpul RM2.32 juta
3 days ago
State of Play akan kembali pada 7 Ogos
4 days ago
PMWL: Yoodo Gank dan Team Secret layak ke final liga dunia
5 days ago
Fiera Fendi mahu Angel Bosskurr cemerlang dalam arena kompetitif e-sukan