‘Kami Tidak Mungkin Dapat Membangunkan Fallout Lagi’, Kata Obsidian

Adakah korang berharap Obsidian Entertainment bakal membangunkan game Fallout sama gempak seperti Fallout: New Vegas? Dukacita dimaklumkan harapan menjadi meleset.

Apabila peminat bertanyakan soalan cepumas melalui Twitter tentang kebarangkalian Bethesda akan bekerjasama dengan Obsidian untuk game Fallout baru, jawapannya agak menghampakan bagi ramai pihak. Gambar di bawah menunjukkan sebuah permainan tilik nasib berbentuk bola, Magic 8-Ball yang memaparkan tulisan “amat sangsi” di permukaan bola.

Sebelum ini, CEO Obsidian, Feargus Urquhart pernah meluahkan hasrat untuk membangunkan Fallout versi baru berulang-ulang kali pada 5 tahun lalu.

Urquhart merupakan seorang veteran pembangunan Fallout 1 dan 2 dalam Black Isle Studios diasaskan oleh beliau yang turut tergolong dalam bahagian syarikat Interplay Entertainment. Black Isle gulung tikar apabila tiada dana disalurkan kepada studio mereka dek kerana masalah kewangan Interplay.

Sejak daripada pelancaran Fallout: New Vegas pada tahun 2010, Bethesda meraih kejayaan dan mampu menyara ramai pekerja dari seluruh dunia bagi membangunkan game Fallout terbaru, Fallout 76 bakal dikeluarkan pada bulan hadapan.

Dengan ura-ura mengatakan Microsoft hampir memeterai perjanjian untuk mendapatkan Obsidian Entertainment, nampaknya kita harus mengucapkan selamat tinggal untuk Fallout dibangunkan oleh Obsidian.

Sumber: VG 24/7

RELATED NEWS

+