Karakter gadis berhijab dari Malaysia, Noor Casulink ditampilkan dalam Hyper Scape

Nampaknya, gamers tempatan boleh merasa sedikit berbangga dengan langkah Ubisoft memasukkan karakter baru, gadis berhijab Noor Casulink dalam permainan Battle Royale terbaharu mereka, Hyper Scape. 

Gadis dari Pekan, Pahang ini dikenali dengan nama penuh Noor Azimah Yusof dan mengikut info dari Wiki Hyper Scape, Noor adalah ‘wajah Asia Tenggara’. Beliau juga adalah pempengaruh di media sosial. Noor dalam permainan ini mengenakan busana ringkas iaitu turban dan jumpsuit futuristik berwarna jingga. 

Pun begitu, terdapat juga sut Technical Test Battle Pass berwarna ungu.

Jika anda berminat dengan permainan video battle royale, pastikan anda dan rakan-rakan anda mencuba Hyper Scape! Anda boleh muat turun beta terbuka ini melalui laman web rasmi Hyper Scape.

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+