Kate Bishop akan tiba dalam Marvel’s Avengers pada awal Disember

Selain daripada Marvel’s Spider-Man: Miles Morales, satu lagi permainan video adiwira popular yang dilancarkan pada tahun ini ialah Marvel’s Avengers. Kandungan tambahan (DLC) pertama permainan tersebut yang bertajuk Operation Kate Bishop: Taking AIM akan dilancarkan pada 8 Disember ini.

Taking AIM akan memperkenalkan watak Kate Bishop dalam Marvel’s Avengers. Dalam dunia komik Marvel, dia adalah anak murid dan penyambung legasi Clint Barton (Hawkeye). Jalan cerita DLC ini berkisarkan usaha Kate untuk menyelamatkan Clint dan bersemuka dengan Super-Adaptoid, musuh yang boleh mencuri kuasa adiwira lain.

Semua pemain Marvel’s Avengers akan menerima DLC ini secara percuma pada tarikh yang dinyatakan di atas.

Square Enix dan Crystal Dynamics juga telah mendedahkan sedikit maklumat tentang DLC seterusnya yang bertajuk Operation Hawkeye: Future Imperfect.

Dalam DLC tersebut, watak Maestro (Hulk versi masa depan alternatif) juga akan membuat kemunculan.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+