KBS umumkan Kejohanan PUBG Mobile Wanita MyLadies, hadiah terkumpul RM30,000
2020-09-14T02:58:25
By: Burhanudin Zamri

KBS umumkan Kejohanan PUBG Mobile Wanita MyLadies, hadiah terkumpul RM30,000

 

Kementerian Belia dan Sukan akan mengadakan Kejohanan PUBG Mobile Wanita MyLadies khas untuk pemain wanita PUBG Mobile. Ia akan diadakan dari 19 September hingga 25 Oktober ini.

Kejohanan ini dibahagikan mengikut dua kategori permainan dan empat Kluster. Hanya 128 pasukan untuk kategori Squad dan 128 pemain individu untuk kategori Solo boleh menyertai setiap Kluster.

Lapan pasukan terbaik dan 20 pemain individu terbaik dari setiap Kluster akan melayakkan diri ke peringkat Grand Final. Pemenang tempat pertama hingga tempat kelapan dalam mana-mana Kluster dilarang menyertai Kluster seterusnya.

Berikut adalah jadual untuk setiap Kluster dan peringkat Grand Final:

Kluster 1: 19 September & 20 September
Kluster 2: 26 September & 27 September
Kluster 3: 10 Oktober & 11 Oktober
Kluster 4: 17 Oktober & 18 Oktober
Grand Final: 24 Oktober & 25 Oktober

Hadiah terkumpul untuk kejohanan ini berjumlah RM30,000. Setiap Kluster menawarkan hadiah kemenangan berjumlah RM5,000. Untuk Grand Final pula, para pemain akan merebut hadiah berjumlah RM10,000.

Berikut adalah pecahan hadiah kemenangan untuk setiap Kluster:

Kategori Squad:

Juara: RM1,000
Naib Juara: RM700
Tempat Ketiga: RM500
Tempat Keempat: RM400
Tempat Ke-5 hingga Ke-8: RM100

Kategori Solo:

Juara: RM800
Naib Juara: RM500
Tempat Ketiga: RM350
Tempat Keempat: RM150
Tempat Ke-5 hingga Ke-8: RM50

Kejohanan ini dibuka kepada semua pemain wanita PUBG Mobile di Malaysia dan penyertaan adalah percuma. Pendaftaran untuk kategori Squad dan Solo untuk Kluster 1 telah dibuka.

Syarat-syarat dan peraturan kejohanan ini boleh dibaca di sini.

Borang pendaftaran untuk Kluster-Kluster seterusnya akan dikongsi secara mingguan. Pastikan anda mengikut laman Facebook Ladies PUBG Mobile MY untuk mendapatkan maklumat terkini.

Untuk sebarang pertanyaan, anda juga boleh menghubungi Cik Melor (017-2324353).

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

TAGS

BERITA BERKAITAN

3 days ago
Di sebalik seorang Fall Guy.. bagaimana anatomi sebenar mereka?
3 days ago
Permainan BTS Universe Story kini telah tiba untuk Android dan iOS
3 days ago
Macam mana nak menipu dalam Among Us? Shroud ada caranya
3 days ago
Among Us begitu popular sehingga pembangun membatalkan sekuel
3 days ago
The Game Awards 2020 akan diadakan pada 10 Disember
3 days ago
PMPL: Tonton Grand Finals dan anda berpeluang menang Perodua Myvi!