Kejohanan Maggi Hot Cup kembali, boleh main Wild Rift dengan Fattahzie dan Biu Biu

Kuala Lumpur: MAGGI kini menjadi penaja rasmi Liga Profesional League of Legends: Wild Rift SEA ICON Series Malaysia Musim Panas dan Musim Luruh.

Kerjasama MAGGI dan ESL Malaysia membawa MAGGI® HOT CUP® Tournament untuk musim ketiga, kali ini dengan League of Legends Wild Rift.

Para Pemain Wild Rift di Malaysia boleh menyertai pertandingan komuniti ini secara percuma dan berpeluang untuk bermain dengan gaming influencer terkenal Fattahzie dan Biu Biu.

Pemenang SEA ICON Series akan dinobatkan pasukan terhebat di Malaysia dan melayakkan diri untuk menyertai Super Cups untuk berlawan dengan pasukan-pasukan terbaik di Asia Tenggara.

“MAGGI HOT CUP terkenal dalam kalangan para pemuda di Malaysia, terutamanya komuniti gaming. Ini menjadikan MAGGI HOT CUP makanan ringan yang sesuai untuk waktu makan lewat malam, pengisi perut antara waktu makan, dan sesi gaming.

“Peminat permainan video boleh menikmati MAGGI Hot Cup yang panas, lazat dan memuaskan pada bila-bila masa dan ia hanya mengambil masa tiga minit untuk disediakan,” kata Geetha K. Balakrishna, Pegawai Eksekutif Perniagaan di MAGGI Malaysia.

Pemain yang berminat boleh mendaftarkan diri secara percuma ke pusingan kelayakan yang akan diadakan pada tarikh-tarikh berikut:

  • MAGGI® HOT CUP® #1 Qualifier – 21 Mei hingga 22 Mei, 2021
  • MAGGI® HOT CUP® #2 Qualifier – 28 Mei hingga 29 Mei, 2021

MAGGI juga mengadakan Caster Search yang bermula pada 8 Mei ini bagi mencari bakat-bakat tempatan baru untuk menjadi pengulas pertandingan komuniti untuk pertandingan masa hadapan.

Setiap pemenang pusingan kelayakan akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM500 dan bermain di Influencer Showdown bersama Fattahzie dan Biu Biu. Influencer Showdown ini akan berlangsung semasa Playoffs ESL Mobile Open.

Untuk maklumat lanjut sila layari facebook MAGGI® dan ikuti ESL Malaysia di Facebook dan Instagram. Siaran langsung akan diadakan di laman Facebook, Twitch, dan YouTube ESL Malaysia.

RELATED NEWS

+