Kejohanan Moh Skor (FIFA Online 3), Menangi Hadiah Wang Tunai RM30,000!

Bosan dah asyik main FIFA Online 3  dan ingin cuba kehebatan cuba nasib dalam pertandingan dengan kawan-kawan lain? Janganlah risau, sertailah kejohanan Moh Skor yang mengumpulkan hadiah wang tunai RM50,000! Untuk FIFA Online 3, sebanyak RM30,000 jadi rebutan! Banyak tu!

Acara ini juga hasil kolaborasi MyGameOn bersama Asia Comic Con dalam usaha mencari bakat baru dalam komuniti FIFA Online 3 negara. Dah bercerita pasal hadiah, dekat mana nak register ni? Jangan risau, boleh daftar dekat SINI. Klik jangan tak klik! 

Hanya 2 terbaik dari setiap pusingan kelayakan yang dapat menempah slot ke pusingan Grand Final pada 14 Julai ini di Asia Comic Con di Sunway Pyramid Convention Centre. Hah inilah masanya! Selain dapat main FIFA Online 3 dan rebut wang tunai, korang juga boleh jumpa artis luar negara dan nikmati pengalaman menarik di festival ini!

RELATED NEWS

+