Kejohanan Pertama Rainbow Six Siege Di Asia Tenggara Diumumkan, Hadiah Terkumpul RM41,000

Peminat Tom Clancy’s Rainbow Six Siege (R6) tanah air sudah lama menunggu sebuah kejohanan berskala besar dan impian mereka kini sudah tercapai.

Mineski Global mengumumkan mereka akan menganjurkan Rainbow Six Operation League MY/SG/PH/ID Musim Pertama. Pusingan kelayakan terbuka untuk setiap negara akan bermula pada bulan Mac 2020.

Tarikh tepat untuk pusingan kelayakan terbuka akan diumumkan kemudian.

Ini merupakan hasil kerjasama antara Mineski Global dan Ubisoft dan ia adalah kejohanan R6 pertama di Asia Tenggara. Hadiah terkumpul kejohanan ini berjumlah AS$10,000 (RM41,000).

Untuk maklumat lebih lanjut dan berita terkini mengenai kejohanan ini untuk negara Malaysia dan Singapura, ikuti laman Facebook Battle Arena Malaysia.

Untuk negara Indonesia, ikuti laman Facebook MET Indonesia dan untuk negara Filipina pula, ikuti laman Facebook Mineski Events Team PH.

Sumber: IGN SEA

Foto: Esports Junkie

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+