Kejohanan Riot Games, VALORANT VCT dan League of Legends (MSI) akan diadakan di Iceland, Mei ini

Hari ini, Riot Games mengumumkan dua kejohanan terbesar mereka akan dianjurkan pada bulan Mei di Reykjavík, Iceland. Ini menandakan kejohanan offline berskala besar pertama daripada mereka untuk tahun ini di negara itu.

Tambahan, Riot Games turut berkolaborasi bersama Verizon sebagai rakan 5G. 

League of Legends Mid-Season Invitational (MSI) yang dibatalkan tahun lalu kerana COVID-19 akhirnya akan dianjurkan kembali pada 6 Mei ini dan berakhir pada 23 Mei. Ia menampilkan 12 pasukan terhebat League of Legends.

Buat masa ini liga profesional (LEC, LCS, LPL dan lain-lain) sedang berlangsung dan bakal menemukan juara playoffs untuk mendapat slot ke MSI ini.

Bagi kejohanan VALORANT Champions Tour (VCT) Masters Reykjavík pula akan berlangsung pada 24 Mei, sehari selepas MSI tamat.

Ia membawakan 10 pasukan terbaik seluruh dunia untuk menjadi juara VALORANT. Kejohanan itu akan berakhir pada 30 Mac.

Kedua-dua kejohanan ini akan bertempat di arena sukan Laugardalshöll secara tertutup.

Kejohanan offline ini akan menguatkuasakan SOP yang bersesuaian untuk para pemain. Antaranya, kesemua krew dan produksi serta pemain akan dikuarantinkan apabila tiba di Iceland. Ia akan diadakan secara tertutup tanpa penonton tapi akan ditayangkan secara langsung di beberapa platform digital.

RELATED NEWS

+