Kejohanan Valorant Pacific Open diumumkan, terbuka kepada pemain Malaysia

Riot Games dengan kerjasama Cyber Games Arena akan mengadakan kejohanan Valorant Pacific Open yang merupakan kejohanan Asia Tenggara dalam Valorant Ignition Series.

Kejohanan ini akan bermula pada 3 Julai dan Finals akan diadakan dari 21 sehingga 23 Ogos ini. 16 pasukan dari tujuh negara akan layak ke peringkat kumpulan dan hanya lapan pasukan akan layak ke Finals.

Berikut adalah senarai negara-negara yang boleh menyertai kejohanan ini serta bilangan pasukan terbaik yang akan layak ke peringkat kumpulan:

  • Malaysia – 1 pasukan
  • Singapura – 1 pasukan
  • Hong Kong – 2 pasukan
  • Filipina – 1 pasukan
  • Indonesia – 1 pasukan
  • Thailand – 2 pasukan
  • Taiwan – 2 pasukan

Selain daripada 10 pasukan di atas, enam pasukan jemputan juga akan layak secara otomatik ke peringkat kumpulan. Kesemua pasukan akan dipecahkan kepada empat kumpulan dan bertanding secara round-robin.

Para pemain Valorant di Malaysia yang berminat untuk menyertai kejohanan ini boleh mendaftarkan pasukan di laman web rasmi Valorant Pacific Open. Pendaftaran terbuka kepada 32 pasukan sahaja dan akan ditutup pada 2 Julai.

Berikut adalah jadual kejohanan terbuka Malaysia:

Juara kejohanan terbuka Malaysia akan memenangi RM2,800. Pemenang tempat kedua pula akan membawa pulang RM850. Akhir sekali, pasukan-pasukan yang tewas di peringkat semifinal ketiga akan memenangi RM450.

Pasukan yang menjadi juara kejohanan terbuka Malaysia akan melayakkan diri untuk menyertai peringkat kumpulan. Berikut adalah hadiah kemenangan di peringkat Finals:

  • Juara: US$13,000
  • Tempat kedua: US$5,000
  • Tempat ketiga: US$2,000

Jika anda dan rakan-rakan berminat untuk menjadi wakil Malaysia di kejohanan Valorant Pacific Open, pastikan anda tidak melepaskan peluang ini!

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+