Loba Andrade. Beliau telah muncul untuk membalas dendam terhadap Revenant yang telah membunuh ibu bapanya."> Loba Andrade. Beliau telah muncul untuk membalas dendam terhadap Revenant yang telah membunuh ibu bapanya." /> Loba Andrade. Beliau telah muncul untuk membalas dendam terhadap Revenant yang telah membunuh ibu bapanya." />

Kemahiran watak baharu Apex Legends Loba dipertunjukkan dalam trailer permainan

Musim Ke-5 Apex Legends bakal bermula tidak lama lagi dan watak baharu yang diperkenalkan pada musim ini ialah Loba Andrade. Beliau telah muncul untuk membalas dendam terhadap Revenant yang telah membunuh ibu bapanya.

Trailer terbaru daripada Respawn Entertainment telah mendedahkan kemahiran-kemahiran Loba. Seperti yang diacahkan dalam trailer pengenalan Musim 5, dia mempunyai kebolehan untuk teleport dan juga mendapatkan senjata serta perisai dari jarak yang jauh.

Kemahiran utama atau tactical skill Loba ialah Burgler’s Best Friend. Dia akan membaling gelang tangannya, Jump Drive Bracelet, dan akan teleport ke tempat pendaratan gelang tersebut.

Dengan kemahiran, dia semestinya diklasifikasikan sebagai watak yang mempunyai peranan scout. Pada pendapat penulis, watak seperti Pathfinder mungkin akan menjadi kurang popular kerana kemunculan Loba.

Kemahiran pasif Loba pula ialah Eye For Quality. Kemahiran ini memberikannya kebolehan untuk nampak barangan atau loot tahap Epic (ungu) dan Legendary (emas) di sebalik dinding dalam jarak tertentu di sekelilingnya.

Ultimate Loba mungkin menjadikannya salah seorang watak paling berguna dalam Apex Legends. Ia dipanggil Black Market Boutique. Dengan meletakkan sebuah peranti, dia boleh mengambil loot di sekelilingnya tanpa perlu pergi ke tempat loot tersebut.

Penulis dapat merasakan Loba akan menjadi pilihan yang sangat popular dalam kalangan pemain Apex Legends. Kemahiran Ultimate Loba membuatkannya menjadi watak yang sangat berkuasa apabila berada di kawasan yang penuh dengan loot tahap tinggi.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+