Ember Lab mengumumkan bahawa pelancaran permainan Kena: Bridge of Spirits terpaksa ditangguh ke suku pertama 2021. Nampaknya permainan tersebut tidak akan menjadi permainan pelancaran PlayStation 5 (PS5).
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Ember Lab, mereka mengambil keputusan untuk menangguhkan permainan tersebut kerana proses pembangunan menjadi lebih sukar akibat pandemik COVID-19.
***An update to our Kena community*** pic.twitter.com/rKoy33YWKZ
— Kena: Bridge of Spirits (@emberlab) September 11, 2020
Kena: Bridge of Spirits membuat kemunculan pertama melalui acara pembentangan PS5: The Future of Gaming yang diadakan pada bulan Jun. Ia menarik minat ramai pemain dengan rekaan grafik yang mirip filem animasi Pixar.
Selain daripada PS5, Kena: Bridge of Spirits juga akan dilancarkan untuk PlayStation 4 (PS4) dan PC melalui Epic Games Store.
Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.