Kenapa Begitu Susah Untuk Climb Rank Dalam League of Legends?

Ramai pemain League of Legends berdepan satu masalah yang agak besar ketika ini; mereka susah untuk mendaki tangga rank dan nampaknya, ia disebabkan oleh akaun smurf (pemain berpengalaman buat akaun baru untuk membuli pemain kurang pengalaman).

Menurut laporan IGN SEA, Riot sebelum ini sengaja buatkan pemain susah untuk naik rank menerusi elo (ranking dalam LoL). Memenangi perlawanan sekarang tak memberikan begitu banyak LP (mata untuk daki rank) dan berita ini agak tidak baik kepada pemain yang kalah. 

Malah, kadang-kadang pemain digandingkan dengan pemain yang tinggi elo atau rendah elo.

Agak pelik apabila Riot menambahkan lagi jumlah game yang perlu dimenangi untuk naik rank kerana pemain yang baru akan berdepan akaun smurf dan mereka akan kalah lagi dan lagi.

Berbeza pula dengan Dota 2 sekarang yang mana Valve baru saja ban 40,000 akaun atas kesalahan “kesalahan dalam matchmaking“. Di bawah penalti ini, mana-mana pemain yang boosting atau smurfing akan dikenakan tindakan.

Sumber: IGN SEA

RELATED NEWS

+