Kingdom Hearts All-in-One Package Akan Mengandungi 9 Permainan Termasuk Kingdom Hearts 3

Semasa keluarnya permainan video Kingdom Hearts 3 (KH3), ramai orang teragak-agak untuk membelinya kerana risau tak mampu faham jalan cerita yang bermula daripada Kingdom Hearts pertama.

Tak lama lagi akan ada penyelesaian yang mudah untuk masalah itu.

Square Enix baru sahaja mengumumkan Kingdom Hearts All-in-One Package untuk PlayStation 4 (PS4). Bundle tersebut akan dilancarkan pada 17 Mac 2020.

Ia akan dijual pada harga AS$49.99 (RM206). Setakat ini, Square Enix mengesahkan ia hanya akan tiba di Amerika Syarikat. Harap-harap ia akan dikeluarkan untuk Malaysia juga.

Bundle ini akan mengandungi:

  • Kingdom Hearts Final Mix
  • Kingdom Hearts Re: Chain of Memories
  • Kingdom Hearts 358/2 Days (HD Remastered cinematics)
  • Kingdom Hearts 2 Final Mix
  • Kingdom Hearts Birth by Sleep Final Mix
  • Kingdom Hearts Re:coded (HD Remastered cinematics)
  • Kingdom Hearts Dream Drop Distance HD
  • Kingdom Hearts 0.2 Birth by Sleep -A fragmentary passage-
  • Kingdom Hearts 3

Walaupun bundle ini dinamakan sebagai “All-in-One Package”, ia tidak lengkap sepenuhnya kerana tidak mengandungi kandungan tambahan (DLC) terkini untuk KH3 iaitu Re:Mind.

Keistimewaan utama siri permainan Kingdom Hearts ialah ia memberi peluang kepada pemain untuk meneroka dunia-dunia yang wujud dalam karya ciptaan Disney seperti Hercules, Toy Story, Aladdin, dan banyak lagi.

Sumber: VG24/7

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+