KITAMEN Bekerjasama Dengan MDEC & Pemain Industri Bagi Meningkatkan E-Sukan Negara

“Esports untuk saya, Esports untuk anda. Esports untuk masa depan bangsa dan negara,”

Hazman Hassan, CEO KITAMEN

Itu kata-kata semangat dan juga penutup daripada Ketua Pegawai Eksekutif Kitamen, Hazman Hassan ketika berucap di acara Kitamen Experience di Menara Felda, Persiaran KLCC sebentar tadi.

Sebagai salah satu peneraju industri eSports di Malaysia, Kitamen Entertainment Sdn Bhd menandatangani memorandum persefahaman (MOU) bersama Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Majlis Belia Felda Malaysia, Esports Kuala Lumpur Association (ESKL) dan Esports Selangor Association (ESS).

YB. Datuk Seri Salleh Said Keruak berucap di majlis

Turut hadir Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Keruak yang merasmikan acara. Beliau turut berucap dengan berkata, kerjasama ini mampu menarik orang luar untuk melawat Malaysia dalam industri pelancongan yang berminat untuk menyaksikan kejohanan eSports dalam negara.

KITAMEN dan MDEC berkolaborasi untuk mempromosikan kempen ‘Healthy Gaming’ dalam usaha meyakinkan semua bahawa eSports bukan saja aktiviti menyeronokkan tapi perlu dilaksanakan dengan cara yang betul. 

Selesai majlis menandatangani memorandum persefahaman (MOU)

Komuniti eSports di Malaysia juga boleh mengharapkan lebih banyak kejohanan eSports tempatan dengan kerjasama dua belah pihak ini.

“Bermain permainan digital seharusnya santai dan menyeronokkan. Saya juga pernah diperkenalkan kepada top gamers di Malaysia yang juga berjaya dalam pelajaran. Saya percaya kempen ‘Healthy Gaming’ bersama Kitamen adalah permulaan kepada kewujudan komuniti permainan digital dan eSports yang sihat di negara ini,” – Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Datuk Yasmin Mahmood. 

KITAMEN masih belum mendedahkan pelan mereka bersama ini tapi apa yang penulis dapat simpulkan ialah lebih banyak pertandingan e-sukan yang dipenuhi dengan aktiviti atau pameran untuk mendidik anak muda kita tentang kebaikan gaming dan peluang kerjaya boleh diceburi menerusinya.

Inisiatif dana berasaskan ekuiti atau Equity Crowd Funding (ECF) juga dilancarkan untuk menjana dana bagi membina sebuah pusat eSports khas yang lengkap untuk kegunaan komuniti. 

KITAMEN juga akan menganjurkan talk session, projek dan aktiviti bersama komuniti gaming dengan kerjasama ESKL dan ESS pada masa akan datang.

Acara itu juga menyaksikan kehadiran komuniti streamers Malaysia bernaung di bawah CX Gaming. Mereka boleh ditemui dekat SINI.

TAGS

RELATED NEWS

+