LA Major: AhJit ‘Direhatkan’ Beberapa Jam Sebelum Mula Kelayakan ESL One Los Angeles 2020
2020-02-12T08:15:02
By: Hazril Md Nor

LA Major: AhJit ‘Direhatkan’ Beberapa Jam Sebelum Mula Kelayakan ESL One Los Angeles 2020

 

Lima jam sebelum kelayakan terbuka China untuk ESL One Los Angeles 2020 bermula, nampaknya pemain Malaysia, Lai “Ahjit” Jay Son direhatkan dan takkan bermain dengan pasukannya, PSG.LGD untuk pusingan kali ini.

Sebaliknya, Li “ASD” Zhiwen akan menggantinya untuk posisi carry.

Sebelum ini AhJit diperkenalkan sebagai posisi carry terbaru untuk PSG.LGD pada 7 Februari selepas organisasi China itu menggantikan Wang “Ame” Chunyul yang ke CDEC Gaming. Di Weibo, satu post dibuat mengatakan Ahjit tak serasi untuk bermain bersama pasukan LGD ketika sesi latihan.

“Disebabkan Ahjit tidak boleh bermain mengikut strategi dan kemahiran pasukan ini, dia diletakkan pada status pemain tidak aktif,” tulis posting itu.

ASD sebelum ini bermain di bawah didikan Zhang “xiao8” Ning di EHOME dan mendapat trofi Minor serta pencapaian di Major.

Lineup penuh PSG.LGD

  • Li “ASD” Zhiwen
  • Lu “Maybe” Yao
  • Yang “Chalice” Sheny
  • Xu “fy” Linsen
  • Jian Wei “xNova” Yap 

Setakat ini, PSG.LGD seolah mengalami kesukaran pada musim DPC kali ini apabila gagal ke Chengdu Major dan sekarang perlu melalui kelayakan terbuka di ESL One Los Angeles 2020.

Kelayakan terbuka China untuk LA Major ini akan bermula tak lama lagi hari ini dan kita akan menyaksikan bagaimana PSG.LGD dapat mara ke kedudukan 16 teratas atau tidak.

(Sumber: VPEsports)

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

TAGS

BERITA BERKAITAN

1 day ago
5 Game Seram Yang Paling Menakutkan Setakat Februari 2020
1 day ago
Review: Sonic The Hedgehog Filem Yang Seronok Untuk Tontonan Sekeluarga
1 day ago
5 Sebab Kenapa Soloz Streamer Paling Popular Di Malaysia
2 days ago
Faker Tandatangani Tiga Tahun Kontrak Dengan T1, Akan Jadi Pemilik Bersama
2 days ago
Kartun Overwatch Dan Anime Diablo Sedang Dihasilkan Untuk Netflix
3 days ago
Rainbow Six Siege Akan Hadir Ke PlayStation 5 – Kata Ubisoft