menempah slot ke ESL One Los Angeles 2020, kejohanan Major ketiga dalam Dota Pro Circuit musim 2019-2020."> menempah slot ke ESL One Los Angeles 2020, kejohanan Major ketiga dalam Dota Pro Circuit musim 2019-2020." /> menempah slot ke ESL One Los Angeles 2020, kejohanan Major ketiga dalam Dota Pro Circuit musim 2019-2020." />

LA Major: Dua Pasukan China, RNG Dan IG Mara, Slot Ketiga Akan Diketahui Petang Ini

Pasukan-pasukan Dota 2 antarabangsa sudah pun menempah slot ke ESL One Los Angeles 2020, kejohanan Major ketiga dalam Dota Pro Circuit musim 2019-2020.

Kemaskini: Pasukan China yang ketiga adalah EHOME. Mereka menang ke atas Aster 2-0. 

Bagaimanapun, pusingan kelayakan di China bermula agak lambat disebabkan wabak Koronavirus yang melanda negara tersebut. Tapi, dua pasukan iaitu RNG dan IG sudah pun berjaya memenangi slot tersebut.

Menurut laporan VPEsports, PSG.LGD dan Vici Gaming tidak menyertai sekali gus memberikan peluang kepada pasukan-pasukan lain menonjolkan bakat mereka.

Walaupun iG dan RNG adalah yang pertama pergi, Aster dan EHOME akan berlawan pada petang ini untuk slot terakhir.

Di pusingan kelayakan Minor, Newbee, Avengerles dan Keen Gaming akan bertarung untuk satu-satunya slot (satu slot dari acara utama StarLadder ImbaTV Season 3 Minor akan layak ke Major).

Ini adalah Major pertama buat RNG selepas berjaya mendapat naib juara di WePlay! Bukovel Minor pada Januari. Invictus Gaming akan terus menyerlah bakat mereka, Major ketiga musim ini.

Sumber: VPEsports

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.

Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+