Lagu tema M2 Bahasa Melayu kolaborasi antara Moonton dan Joe Flizzow

Kejohanan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M2 World Championship kini mempunyai sebuah lagu tema. Ia bertajuk “Immortal Hero” dan dinyanyikan oleh kumpulan The Filthy Souls.

Moonton juga berkolaborasi dengan beberapa artis Asia Tenggara untuk menghasilkan remix versi bahasa tempatan masing-masing. Untuk negara Malaysia, remix Immortal Hero akan dihasilkan oleh Joe Flizzow.

Di laman Instagramnya, Joe menerangkan bahawa beliau akan bekerjasama dengan rapper Filipina King Promdi untuk menghasilkan remix tersebut.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Joe Flizzow (@flizzow)

Setakat ini, video muzik Immortal Hero telah memperoleh lebih daripada 870,000 tontonan di YouTube. Video tersebut menunjukkan rakaman dari kejohanan tahun 2019 iaitu M1 World Championship yang diadakan di Kuala Lumpur.

Mari kita tunggu dan lihat. Penulis sendiri tidak sabar untuk mendengar Immortal Hero versi Bahasa Melayu yang akan dikeluarkan oleh Joe Flizzow.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+