Larian Studios Bakal Membuka Studio Baru Di Malaysia, Fokus Untuk Baldur’s Gate 3
2019-11-07T09:48:09
By: Intan Mawarni

Larian Studios Bakal Membuka Studio Baru Di Malaysia, Fokus Untuk Baldur’s Gate 3

 

Ketua pegawai eksekutif Larian Studios, Swen Vincke mengumumkan mereka bakal membuka studio baru di Malaysia. 

Berita ini diumumkan semasa ucaptama majlis pembukaan Level Up KL Biz 2019 iaitu bertajuk “How do you make lasting IP content?”

Ini merupakan studio ke-5 bagi Larian Studios yang terkenal dengan siri Divinity: Original Sin iaitu game berbentuk turn-based strategy role-playing game (RPG). Menurut Swen, fokus utama studio Larian di Malaysia adalah untuk menumpukan kepada pembangunan Baldur’s Gate 3.

Baldur’s Gate 3 adalah game terbaru yang sedang dibangunkan oleh Larian Studios. Ini adalah game aktikalt RPG berdasarkan game tabletop terkenal, Dungeons & Dragons khusus di Forgotten Forest. Baldur’s Gate yang pertama dibangunkan oleh BioWare pada 1996 dan kemudian sekuel dipanggil Baldur’s Gate: Shadows of Amn yang dikeluarkan oleh pembangun yang sama pada 2000.

Dari kiri: Ketua Media Interaktif MDEC, Mohan Low; CEO Larian Studios, Swen Vincke dan Naib Presiden Kandungan Digital Kreatif MDEC, Hasnul Hadi Samsudin

Apabila ditanyakan kenapa memilih Malaysia untuk membuka studio baru, Swen membalas orang Malaysia sangat fasih berbahasa Inggeris, ia memudahkan kerja-kerja pembangunan memandangkan mereka adalah studio antarabangsa dari pelbagai negara. Beliau juga menambah studio ini memainkan peranan untuk menyambung kerja-kerja pembangunan dikongsi bersama 4 studio lain dari seluruh dunia. 

Beliau juga kagum dengan komuniti industri game yang kuat di Malaysia dengan pelbagai kebolehan seperti rekaan dan teknikal. Malah, Larian Studios sedang mencari bakat baru untuk menyertai studio baru mereka. 

Bagi yang berminat, korang boleh layari laman rasmi mereka di sini atau berkunjung ke ruang pameran Larian Studios pada 9 dan 10 November di Level Up KL Play 2019, Pusat Konvesyen KLCC, Kuala Lumpur.

Nantikan temuramah penuh bersama Swen Vincke tentang karier sebagai pembangun game lebih daripada 20 tahun serta apa yang menarik tentang Divinity: Fallen Heroes dan Baldur’s Gate 3 di MyGameOn!

Ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram!

TAGS

BERITA BERKAITAN

1 day ago
Acara Cyberpunk 2077 “Night City Wire” ditangguh ke 25 Jun 2020
1 day ago
A Total War Saga: Troy akan dilancarkan pada 13 Ogos 2020, percuma dalam tempoh 24 jam pertama
2 days ago
Future Games Show 2020 akan berlangsung pada 7 Jun 2020
2 days ago
Pembentangan PS5: The Future of Gaming ditangguh
2 days ago
Valorant kini boleh dimain di Malaysia
3 days ago
Demo percuma Summer in Mara kini boleh dimain di PC