League Of Legends Champions Korea 2020 Dihentikan Kerana Coronavirus
2020-03-03T08:06:42
By: Burhanudin Zamri

League Of Legends Champions Korea 2020 Dihentikan Kerana Coronavirus

 

Riot Games Korea telah mengumumkan bahawa League of Legends Champions Korea (LCK) 2020 Musim Bunga akan dihentikan untuk tempoh masa yang tidak dinyatakan (indefinitely).

Pihak Riot Games Korea menyatakan keputusan ini dibuat untuk menjaga kesihatan dan keselamatan semua individu yang terlibat dengan LCK dan Challengers Korea (kejohanan satu taraf bawah LCK) supaya tidak dijangkiti COVID-19.

“Kami tidak menetapkan tarikh baharu untuk menyambung kejohanan ini dan akan memantau perkembangan COVID-19 untuk menetapkan tarikh yang sesuai,” kata pihak Riot Games Korea.

Kejohanan LCK 2020 Musim Bunga dan LoL Challengers Korea 2020 akan dihentikan pada 6 Mac 2020 selepas tamatnya Pusingan Pertama. Rancangan “Sunday Night Live LCK (SNL)” juga akan dihentikan.

Sumber: Inven Global

Foto: LCK

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

TAGS

BERITA BERKAITAN

4 days ago
Game Percuma PS+ April 2020 – Uncharted 4 Dan Dirt Rally 2.0
4 days ago
[Review] My Hero One’s Justice 2 – Khas Untuk Peminat BnHA
6 days ago
PS4 Slim RM788 & PS4 Pro RM1,199 Ditawarkan Pada Jualan Ulang Tahun 2020 Lazada
6 days ago
Trailer Pertama Game PS4 Kimetsu No Yaiba Dikeluarkan
6 days ago
Call Of Duty: Warzone Kini Catat 30 Juta Pemain Dalam Hanya 10 Hari
6 days ago
Demo Moving Out Dilancarkan, Boleh Dimainkan Empat Orang