League of Legends Sambut Ulangtahun Ke-10 Dengan Siaran Langsung Rasmi & Logo Baru

Masihkah korang ingat kali pertama bermain League of Legends?

Permainan mobile online battle arena (MOBA) popular, League of Legends menyambut ulangtahun ke-10 pada tahun ini. League of Legends mula dilancarkan pada 27 Oktober 2009. Sepanjang 10 tahun ini, kita melihat pelbagai perubahan dengan pelbagai jenis Champions dilancarkan sehingga cukup untuk dijadikan sebagai ensiklopedia.

Sempena sambutan ulangtahun satu dekad League of Legends, Riot akan menyiarkan siaran langsung (livestream), kandungan eksklusif dan penampilan logo baru! Korang boleh lihat logo terbaru League of Legends di bawah:

Meskipun game ini telah mencecah usia sedekad, League of Legends mempunyai 8 juta pemain yang aktif bermain yang mana Riot percaya League of Legends masih lagi segar dalam ingatan ramai pemain PC. 

Untuk melihat kembali kejayaan dan jatuh bangun League of Legends, Riot akan menyiarkan edisi khas Riot Pls sempena ulangtahun ke-10 untuk menyingkap kenangan pahit manis League of Legends termasuk pembangunan perubahan pra-musim tahun 2020 dan kandungan besar terbaru untuk Teamfight Tactics.

Saksikanlah sambutan ulangtahun ke-10 League of Legends secara langsung pada 16 Oktober 2019 pukul 9 pagi di YouTube.

Adakah korang masih lagi bermain League of Legends? Kongsikan saat suka duka League of Legends korang bersama kami.

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+