League of Legends: Teemo Akan Ditampilkan Dalam Game Terbaru Riot Games!

Peminat League of Legends, tahukah korang Teemo akan jadi karakter utama dalam gamenya sendiri? Jangan terkejut kerana laporan terbaru mengatakan Riot Games akan membangunkan game baru yang menampilkan Teemo. 

Analis Niko Partners, Daniel Zhuge mengatakan projek dinamakan Teemo’s Adventure (Kembara Teemo) itu diberi lampu hijau dan mungkin akan tiba di pasaran China pada masa depan.

Mengikut twit ini, Tencent akan menjadi pembangun atau publisher untuk upcoming project untuk PC game:

Teemo bukan saja popular tapi juga selalu menjadi bahan troll oleh komuniti League of Legends. Terlalu comel, sneaky dan licik, Teemo nampaknya akan dapat game dia sendiri tapi masih belum jelas adakah ia spin-off atau konsep lebih simple.

Penulis juga terbayangkan game macam Crash Bandicoot sebab nama title diberikan. Apa pun, Riot Games belum lagi mengeluarkan kenyataan rasmi. Jadi, tunggu!

RELATED NEWS

+