League of Legends: Wild Rift – Beberapa Champion Ada Perubahan Menarik

Walaupun League of Legends: Wild Rift tidak mempunyai tarikh pelancaran rasmi lagi, peminat boleh mengharapkan ada maklumat baru sementara menanti.

Baru-baru ini, Riot Games mendedahkan ciri menarik seperti kesesuaian kuasa hero di versi port ini.

Disebabkan beberapa champions tidak berapa efektif menggunakan kawalan dual stick, beberapa antara mereka diubah untuk menyesuaikan dengan peranti pintar. Sebagai contoh, kuasa Q Annie iaitu Disintegrate dan Miss Fortune punya Q, Double Up sekarang bertukar menjadi skill shot berbanding tunjuk dan klik (seperti di PC). 

Tambahan, beberapa kuasa pasif seperti Vayne punya W, Silver Bolts sekarang mempunyai komponen aktif.

Ketua Rekaan Wild Rift, Brian “Feralpony” Feeney berkata bukan semua champion memerlukan perubahan ini. Orianna, Nami dan Ziggs misalnya sudah sedia bagus dengan komponen kuasa mereka seperti di PC.

Selain itu, beberapa ultimate jarak jauh dikenakan perubahan menarik; Ulti Lux, Final Spark kini global tidak seperti di PC. Sebelum ini juga diumumkan yang Ulti Ashe, Enchanted Crystal Arrow, boleh dilengkungkan selepas dilancarkan.

Buat masa ini, Wild Rift dijadualkan pelacaran pada tahun ini tapi belum tahu lagi bila tarikh rasmi.

RELATED NEWS

+