Lego Star Wars: The Skywalker Saga diumumkan, merangkumi kesemua 9 filem Star Wars

Antara sebab permainan video berdasarkan mainan Lego menjadi sangat popular adalah kerana kejayaan siri Lego Star Wars. Judul pertama dalam siri tersebut dilancarkan pada tahun 2005 dan ia hanya mengandungi kandungan daripada trilogi filem prekuel Star Wars.

15 tahun kemudian, Lego Star Wars: The Skywalker Saga kini telah diumumkan. Ia akan dilancarkan pada penghujung tahun ini di PC, PlayStation 4 (PS4), Nintendo Switch, dan Xbox One. Ia akan merangkumi kesemua sembilan filem Star Wars yang telah dilancarkan.

Menurut temubual bersama StarWars.com, pihak pembangun menyatakan bahawa judul ini akan mengandungi hampir 500 watak yang boleh dimain.

Satu lagi aspek permainan baharu yang tidak pernah diperkenalkan dalam judul-judul Lego Star Wars sebelum ini ialah pemain boleh memilih untuk main jalan cerita mana-mana filem secara terus tanpa perlu mengikut turutan pelancaran filem.

Ini merupakan kali pertama filem-filem Star Wars: The Last Jedi dan Star Wars: The Rise of Skywalker diadaptasikan ke siri permainan Lego Star Wars. Sebelum ini, judul terakhir dalam siri ini ialah Lego Star Wars: The Force Awakens.

Sumber: StarWars.com

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+