Level Up KL Biz 2019 secara rasminya bermula pada hari ini (7 November). Kembali untuk tahun ke-5, Level Up KL Biz 2019 menghimpunkan pembangun game untuk berkongsi, berinteraksi dan belajar bersama-sama orang penting industri permainan video dari di dalam dan luar negara di bawah satu bumbung."> Level Up KL Biz 2019 secara rasminya bermula pada hari ini (7 November). Kembali untuk tahun ke-5, Level Up KL Biz 2019 menghimpunkan pembangun game untuk berkongsi, berinteraksi dan belajar bersama-sama orang penting industri permainan video dari di dalam dan luar negara di bawah satu bumbung." /> Level Up KL Biz 2019 secara rasminya bermula pada hari ini (7 November). Kembali untuk tahun ke-5, Level Up KL Biz 2019 menghimpunkan pembangun game untuk berkongsi, berinteraksi dan belajar bersama-sama orang penting industri permainan video dari di dalam dan luar negara di bawah satu bumbung." />

Level Up KL Biz 2019 Hari 1: Permainan Video Bukan Sekadar Hiburan Sahaja

Level Up KL Biz 2019 secara rasminya bermula pada hari ini (7 November). Kembali untuk tahun ke-5, Level Up KL Biz 2019 menghimpunkan pembangun game untuk berkongsi, berinteraksi dan belajar bersama-sama orang penting industri permainan video dari di dalam dan luar negara di bawah satu bumbung.

“Bukan sekadar hiburan”

Majlis pembukaan Level Up KL Biz 2019 menyaksikan ketua pegawai eksekutif (CEO) Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Surina Shukri bercakap mengenai industri permainan video yang mana membabitkan gabungan kreatif dan teknikal untuk menghasilkan sesuatu yang istimewa.

Dahulu, beliau pernah bekerja di firma bank antarabangsa di bandar New York sebelum kembali ke tanahair kelahirannya untuk berkhidmat sebagai CEO MDEC pada tahun lepas. Beliau kagum dengan bagaimana kemajuan teknologi zaman kini terutamanya permainan video khususnya melihat anak-anaknya masih lagi mengekalkan hubungan akrab dengan rakan taulan di New York melalui permainan video.

“Permainan video bukan sekadar hiburan, permainan video mempunyai kebolehan untuk menyatukan kita dan berupaya untuk memajukan kehidupan kita jika lakukan dengan betul. 10 tahun yang lalu, kita tidak pernah terfikir negara Malaysia mampu berada di mata dunia dalam permainan video. Kini, kita berada di sini untuk meraikan bakat & studio permainan video di Malaysia,” kata Surina.

Membangunkan permainan video yang berjaya ke tahap antarabangsa

Ucaptama untuk Level Up KL Biz 2019 disampaikan oleh CEO Larian Studios, Swen Vincke. Dalam ucapannya, beliau berkongsi pengalaman selama 23 tahun membina Larian Studios berasal dari Belgium dan bagaimana studio ini membina siri permainan video role-playing game (RPG) popular iaitu siri Divinity dari lewat 90an bermula dengan Divine Divinity sehinggalah ke Divinity: Original Sin 2 yang masih lagi diminati oleh ramai pemain.

Perjalanan Larian Studios untuk menghasilkan permainan video yang mereka mahukan bukanlah semudah yang disangkakan. Semasa penghasilan Divine Divinity, studio mereka menghadapi masalah kewangan dan moral pasukan merudum yang mengakibatkan 32 pembangun asal keluar daripada studio, meninggalkan 3 orang sahaja dalam Larian.

Selepas pelbagai cabaran dilalui termasuk syarikat penerbitan yang bekerjasama dengan mereka jatuh bankrap, Larian Studios akhirnya jumpa titik perubahan besar pada tahun 2010 dengan Divinity II yang mana menerima sambutan baik dalam kalangan pemain dan pengkritik. 

Ketika pembangunan Divinity: Original Sin, Larian Studios belajar dari kesilapan lepas dan mahu meningkatkan tingkat kerja mereka untuk siri ini dengan mengawal lesen Divinity, memulakan kempen Kickstarter bagi menghasilkan permainan dengan dunia interaktif bersama penceritaan menarik yang mana anda boleh kongsikan bersama rakan-rakan, menjelajah, membuat eksperimen, mencabar dan sentiasa memberi kejutan kepada pemain dengan hasil kualiti tinggi.

Meskipun begitu, mereka masih lagi mengalami masalah kewangan untuk bangunkan permainan video mereka mahukan. Sebagai studio yang kecil, mereka menawarkan servis kerja kepada orang lain (work for hire) untuk pelbagai jenis permainan video seperti pendidikan.

Swen menjelaskan, “Kadangkala dalam industri (permainan video) ini, anda kena pertaruhkan segalanya untuk menghasilkan permainan yang menarik. Saya mengambil segala risiko dengan apa yang saya telah bina selama ini dan saya mungkin boleh gagal teruk. Permainan ini akan membentuk masa depan anda.”

Pertaruhan itu berbaloi apabila Divinity: Original Sin berjaya mendapat markah baik daripada laman-laman pengkritik permainan video seperti Metacritic dan memperluaskan studio mereka kepada 4 cawangan. Swen mahukan sekuel Divinity: Original Sin 2 jadi lebih besar dan dapat memberi akses kepada semua pemain.

Selain melakukan kempen Kickstarter untuk Divinity: Original Sin 2, Swen melakukan banyak kajian dalam sasaran audiens dan pendekatan pemasaran untuk menarik perhatian lebih ramai pemain serta memberitahu kenapa mereka perlu main permainan ini. Dalam tempoh pembangunan selama 2 tahun dengan bantuan 4 studio dari seluruh dunia, Divinity: Original Sin 2 dilancarkan pada 2017 untuk PC, PS4 dan Xbox One dan masih lagi popular sehingga sekarang dengan pelancaran permainan ini di Switch bersama fungsi cross-save PC dan Switch pada tahun ini.

Selepas siri Divinity, Larian Studios kini memberi fokus kepada Baldur’s Gate 3, sebuah permainan RPG popular berdasarkan Dungeons & Dragons. Swen mengumumkan Larian Studios bakal menambah studio baru di Malaysia untuk membantu dalam kerja-kerja Baldur’s Gate 3. 

Nantikan temuramah penuh bersama Swen Vincke tentang karier sebagai pembangun game lebih daripada 20 tahun serta apa yang menarik tentang Divinity: Fallen Heroes dan Baldur’s Gate 3 di MyGameOn!

Level Up KL Biz 2019 berlangsung pada 7 sehingga 8 November 2019. Untuk maklumat lanjut tentang konvesyen ini, anda boleh layari laman sesawang rasmiFacebookTwitter dan Instagram mereka.

Ikuti MyGameOn di FacebookTwitter dan Instagram!

 

RELATED NEWS

+