Lotac Juara Kelayakan Malaysia Untuk Asia Pacific Predator League 2019, Diikuti Team Asbol Untuk PUBG Malaysian Final

Semalam, arena Dota 2 Malaysia digegarkan sekali lagi dengan penganjuran kejohanan berprestij Asia Pacific Predator League Malaysia Qualifier 2019 yang disertai seramai 345 pasukan seluruh negara.

Asia Pacific Predator League 2019 – Juara Malaysia untuk DOTA2 bersama Acer Malaysia Director of Consumer Business and Product Johnson Seet

Dalam merebut hadiah wang tunai keseluruhan RM120,000, Team Lotac muncul juara selepas berdepan Team Highground, lalu membawa pulang RM25,000 serta aksesori Predator bernilai kira-kira RM5,500.

Team HighGround took second place to go home with RM10,000 in cash and prizes in kind for their effort

Mereka dianggotai oleh pemain veteran, Chong Xin Khoo (Ohaiyo), Ng Wei Poong (Yamateh), Kee Chyuan Ng (Chyuan), Marc Polo Luis Fausto (Raven) dan Nico Barcelon (eyyou). 

Selain itu, bagi kategori PUBG Malaysian Final, ia dimenangi oleh Team Asbol yang membawa pulang wang tunai keseluruhan RM15,000 serta aksesori Predator bernilai kira-kira RM5,500.

Kemenangan ini bermakna kedua skuad ini sudah menempah tiket ke Bangkok untuk berlawan dengan 15 lagi juara negara lain di Asia Pacific League 2019 Grand Final pada Februari. Mereka akan bertemu skuad dari Australia, China, Hong Kong, India, Indonesia, Macau, Myanmar, Jepun, Korea, Singapura, Filipina, Sri Lanka, Thailand, Taiwan dan Vietnam dalam merebut prize pool USD400,000!

Kami dari MyGameOn ingin mengucapkan selamat maju jaya dan semoga mereka terus bersiap sedia untuk menghadapi Grand Final pada Februari tahun depan.

RELATED NEWS

+