Luqman ‘Fenrir’ Haziq Bersedia Kibar Jalur Gemilang Di Barcelona! – FIFA eWorld Cup

Apabila melihat prestasinya, penulis sendiri terkejut kerana jarang nampak kelibat Luqman ‘Fenrir’ Haziq dalam pertandingan FIFA tempatan.
Tapi di acara Malaysian Cyber Games (MCG) bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Luqman membuat kemunculan sulung dalam FIFA 18 dan memperoleh tempat kedua, membawa pulang wang tunai RM10,000 apabila kalah tipis dengan OOE Kathires. Tahniah Luqman!

Sebelum ini, MyGameOn melaporkan kejayaan Luqman yang layak ke FUT Champions Cup di Barcelona pada 26 hingga 28 Januari ini. Dia juga pernah menyatakan hasratnya untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada FUT kerana ingin mencari pengalaman baru di luar negara.

LUQMAN berentap di Malaysian Cyber Games (MCG)

Luqman berkata, dia berbangga dengan pencapaian tempat kedua di MGC dan bakal membuat persiapan seterusnya untuk ke Barcelona.

“Alhamdulillah, saya bersyukur mungkin rezeki saya hari ini dapat tempat kedua. Saya pun tak sangka boleh melangkah sejauh ini sebab ada pemain yang berpengalaman turut bertanding sama.

“Sebenarnya lepas habis final exam, saya tak sempat pun berlatih. Tapi saya kuatkan semangat dan terus gunakan pengetahuan yang saya belajar daripada main mod FUT untuk menang. Lepasni hanya tinggal persiapan untuk ke Barcelona pula,”

LUQMAN (lima dari kiri belakang) bersama komuniti FIFA Malaysia

Mengenai persiapannya, Luqman berkata, dia ingin lebih bersedia dari segi mental kerana ia memainkan peranan penting dalam pertandingan.

“Saya akan bagi lebih fokus untuk kejohanan akan datang ini. Kalau sebelum ini saya banyak main-main, kali ini saya akan lebih serius dan berikan perhatian pada diri sendiri.

“Ibu dengan ayah pun sentiasa menyokong perjalanan karier saya. Asalkan dapat seimbangkan pelajaran dengan main game, mereka akan beri dorongan untuk saya pergi lebih jauh,”

Pusat e-sukan, Gamesbond turut membantu Luqman dengan menyediakan latihan dan menguruskan persiapannya sebelum ke sana.

Akhir sekali, Luqman juga berharap dia dapat dilamar memasuki kelab bola sepak Hashtag United ketika bermain di sana (Barcelona) nanti.

“Banyak kelab bola sepak mula mengambil pemain e-sukan sebagai pemain aktif di bawah kelolaan mereka. Jadi saya pun taknak terlepas peluang kalau ada rezeki untuk sampai ke tahap itu.

“Saya sangat berharap semua orang mendoakan saya untuk ke sana. Harap harap semua berjalan lancar dan saya dapat harumkan nama negara nanti. Insya-Allah,”

Team MyGameOn mengucapkan selamat maju jaya kepada Luqman. Semoga terus berjuang dan kuatkan usaha! Goodluck!

RELATED NEWS

+