M1: Burmese Ghouls Mara Ke Peringkat Lower Bracket Seterusnya

Perjuangan Burmese Ghouls kini telah membuahkan hasil ekoran dari kejayaan mereka menumpaskan pasukan Sunsparks hari ini dengan kemenangan 2-1 di Axiata Arena, Bukit Jalil dalam Kejohanan Dunia Mobile Legends, M1.

Mereka diwakili oleh Ace007, Kid001, Iceice, Pvndv, Maybe telah menonjolkan prestasi yang hebat. Kid001 yang bermain Lunox telah mendominasi permainan di awal game dan pasukan lawan tidak mempunyai idea untuk mengekang Sunsparks seterusnya memberikan kelebihan kepada pasukan untuk memenangi game pertama.

Untuk game kedua, Sunsparks telah mendapat kelebihan apabila mereka membuat keputusan untuk memilih Khufra, Rafflesia sebagai Khufra telah banyak membantu mereka mendominasi di awal minit permainan dan mereka terus mara memburu musuh dan sekaligus menjadikan mereka pemenang untuk game kedua.

Di game yang terakhir,  Hayabusa yang dimainkan oleh Ace007 berjaya menggasak pasukan Sunspark dengan begitu hebat sekali, memberikan mereka peluang untuk mengawal permainan dan memaksa pasukan Filipina itu untuk bermain dengan agresif tapi tetap tidak cukup untuk memenangi perlawanan.

Mereka akan bertembung sama ada 10second Gaming (Jepun) atau pasukan negara, Todak di lower bracket seterusnya pada petang nanti.

Kejohanan Dunia M1 mengumpulkan 16 pasukan terbaik Mobile Legends di serata dunia berentap merebut hadiah wang tunai terkumpul RM1 juta. Ia berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil bermula hari ini hingga Ahad.

Foto: Burmese Ghouls

RELATED NEWS

+