M2: Ahmad luah rasa kecewa, mohon peminat teruskan menyokong
2021-01-21T04:50:25
By: Editorial team

M2: Ahmad luah rasa kecewa, mohon peminat teruskan menyokong

 

Berikutan kekalahan pasukan Alter Ego Esports di tangan Bren Esports tempoh hari yang menyebabkan mereka perlu ke lower bracket, ramai peminat pasukan tersebut menyangkal tentang potensi pemain Yam yang diharap untuk membawa harapan Ahmad memenangi kejohanan dunia MLBB, M2. 

Ahmad yang disahkan positif Covid-19 tidak dapat menyertai kejohanan dunia, M2 lalu digantikan dengan Yam yang masih tidak mempunyai chemistry dengan ahli pasukan yang lain. Ini menyebabkan corak permainan pasukan Alter Ego terganggu dan tidak konsisten seperti biasa.

Selain itu, Ahmad melahirkan rasa kekecewaan terhadap peminat yang toxic menerusi laman sosial instagram miliknya.  Berdasarkan posting tersebut, Ahmad menerima banyak komen menyuruh beliau untuk sertai kembali ke skuad utama.

Namun, ianya tidak semudah itu. Pertandingan ini mempunyai peraturan dan beliau tidak boleh bypass peraturan tersebut demi menebus kembali kekalahan pasukan mereka. Beliau tidak memaksa peminat untuk menyokong sebaliknya memohon agar peminat untuk menerima kenyataan dan tidak memandang ke belakang.

Menurut beliau, pasukan itu berjuang dengan sehabis-habisan di pentas dunia bagi bergelar juara, peminat seharusnya memberikan kata-kata yang positif buat pasukan. Alter Ego akan bertemu dengan pasukan 10s Gaming Frost di peringkat lower bracket.

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 days ago
VALORANT Episode 2 Act II memperkenalkan Agent baharu Astra
3 days ago
MPL Indonesia: Sang Raja RRQ Hoshi tewas di tangan Alter Ego 0-2
4 days ago
MPL Indonesia: Bigetron Alpha tundukkan EVOS Legends, 2-1
4 days ago
Wakil Malaysia, Wicked Esports layak ke grand final FIFA eClub World Cup, akan lawan Jepun
4 days ago
MPL Indonesia: Bigetron Alpha 2-1 Genflix Aerowolf pada perlawanan pembukaan
5 days ago
Asia Pacific Predator League 2020/21 akan berlangsung pada April 2021