M2: Alter Ego ke lower bracket

Walaupun tewas di tangan ‘nemesis’ Bren Esports pada perlawanan semalam, nampaknya semangat Alter Ego tidaklah luntur dan mereka terus berjaung merebut slot ke lower bracket.

Dalam perlawanan penentuan hari ini menentang Rusia, Unique Devu, mereka berjaya meraih skor 2-0 sekali gus layak ke lower bracket.

Kali ini mereka menukar jenis hero digunakan Yam, memberikan beliau Esmeralda dan Benedetta. Ini adalah petanda baik menunjukkan kebolehan Yam menggunakan hero-hero ini.

Semalam, prestasi Yam melawan Bren Esports agak kurang memuaskan.

Alter Ego akan lawan di lower bracket dijangka pada Jumaat nanti.

 

RELATED NEWS

+