M2: Bren Esports juara dunia

Pasukan Filipina, Bren Esports berjaya cipta kejutan di kejohanan dunia MLBB, M2 hari ini apabila menjadi wakil pertama Filipina menjuarai pertandingan tersebut.

Skuad dianggotai Pheww, Flaptzy, Karltzy, Ribo dan Lusty ini meraih skor 4-3 di pusingan Grand Final berlangsung sejak jam 6:00 petang tadi.

 

GAME 1

Pada perlawanan pertama, Burmese Ghouls tidak menemui rentak seperti biasa dan membiarkan pasukan Filipina membolot game pertama.

Karltzy bermain Claude menjadi MVP dalam perlawanan ini.

 

GAME 2

Pada game kedua, sekali lagi Bren Esports mencuri tumpuan dengan kemenangan kedua. Mereka berjaya memanfaatkan Baxia, Selena dan Pharsa yang tak memberi ruang kepada Burmese Ghouls untuk bernafas.

Dengan skor 26-4, perlawanan kedua ini seperti berat sebelah.

Karltzy sekali lagi muncul sebagai MVP.

 

GAME KETIGA

Di perlawanan ketiga, Burmese Ghouls mula menemui rentak dengan bantuan Silvanna, Chou dan Mathilda yang berjaya membuat play berulang kali. Claude dari Bren Esports pula gagal untuk membuat kejutan.

Chou dimainkan Ruby DD berjaya memperoleh MVP pada perlawanan ini.

 

GAME KEEMPAT

Perlawanan keempat ini juga sengit yang mana Burmese Ghouls bermain late game dengan dua marksman. Yi Sun-Shun dan Claude berjaya untuk online pada miinit akhir dan memenangi perlawanan.

Dee adalah MVP sebagai Claude dalam perlawanan ini.

 

GAME KELIMA

Pada game kelima ini, Ace sangat kuat sebagai Claude dan Akai banyak kali membuat play dengan Hurricane Dance, berjaya menangkap core Bren Esports.

Kid peroleh MVP sebagai Selena dalam perlawanan ini.

Bren Esports mengamuk di game keenam ini apabila bermain dengan begitu disiplin dan berjaya mendapatkan Brody untuk Karltzy. Lunox dan Benedetta juga bermain dengan begitu baik.

Percubaan Burmese Ghouls cuba mendapatkan tiga Execute nampak agresif tapi tidak berjaya mematahkan pertahanan Bren Esports.

Karltzy sekali lagi menjadi MVP pada game keenam.

M2 dianjurkan oleh Moonton pada 18 Januari hingga 24 Januari dengan kerjasama Persatuan Cybersports dan Online Gaming Singapura (SCOGA) serta disokong oleh Lembaga Pelancongan Singapura (STB). Tidak seperti MPL atau MPLI, M2 diadakan secara offline di Shangri-La Singapura untuk hadiah terkumpul AS$300,000 (RM1.2 juta).

Sebanyak lapan pasukan dari negara MPL dan empat pasukan dari negara tiada MPL menyertai.

Mereka adalah: 

  • Malaysia – Todak
  • Singapura – RSG dan EVOS SG
  • Indonesia – RRQ dan Alter Ego Esports
  • Filipina – Bren Esports dan Omega Esports
  • Myanmar – Burmese Ghouls
  • Kemboja – Impunity KH
  • Brazil – Dreammax
  • Jepun – 10S Gaming Frost
  • Rusia – Unique Devu

Ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+